Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 2, 2024 @ 12:59am

Famili Duo 4: Naqiu & Joey Pertama Kali Bolos Juara Mingguan, Perjalanan Duo Didi Astillah & Thamiera Terhenti Di Suku Akhir!

Perjalanan pasangan duo sepupu, Didi Astillah dan Thamiera Chan terhenti di minggu keenam program Famili Duo 4 (FD4).

Menduduki kedudukan terendah, Didi dan Thamiera yang membawakan lagu Darah Muda dan Nona Zaman Sekarang bagaimanapun berjaya menambat hati juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor dengan persembahan menghiburkan pada minggu ke-6 ini.

Sementara itu, persaingan FD4 menyaksikan pasangan sepupu, Naqiu dan Joey membawa lagu Malam Pesta Muda Muda dan Dendang Remaja pertama kali merebut gelaran Duo Terbaik di minggu keenam yang bertemakan retro.

Mendapat markah ‘perfect 10’ daripada kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu, pasangan duo Naqiu dan Joey membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh enam peserta Famili Duo 4 di minggu keenam:

Artikel Berkaitan: Famili Duo 4: Lepas Kena Marah, Mas Idayu ‘Happy’ Dengan Persembahan Didi Astillah & Thamiera – “Mummy Nampak Usaha Awak….”

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.

Events Fri, 8 Mar 2019

Co-labs Coworking Celebrates Women’s Day by Spreading Love and Goodness

What better way to show women they’re appreciated than to give them gifts of adoration.

Featured Wed, 23 Jul 2025

Izara Aishah Geram Tindakan ‘Kantoikan’ Siti Nurhaliza Beli Barang Random Jadi ‘Bahan’ Netizen Mulut Puaka

Izara tampil menegur tindakan netizen yang sewenang-wenangnya memberikan komen.

Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

error: Content is protected !!