Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 10, 2024 @ 1:37am

Jayakan Babak Daring Buka ‘Bathrobe’, Ini Penjelasan Hisyam Hamid

Pelakon Hisyam Hamid memberi penjelasan mengenai babak ‘daring’ membuka ‘bathrobe’ dalam drama bersiri Marina.

Menerusi naskhah yang bersiaran secara eksklusif di Tonton itu, Hisyam bergandingan bersama Datuk Remy Ishak, Sophia Albarakbah, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

“Untuk scene buka bathrobe tu, kami gunakan teknik kamera dan menutup mana-mana bahagian yang tak sepatutnya didedahkan. Semuanya dilakukan dengan teknik kamera,” kata Hisyam.

Dedah Hisyam, terdapat beberapa babak yang boleh dikategorikan sebagai ‘daring’ dalam drama bersiri Marina namun dia berbincang terlebih dahulu bersama pihak produksi.

“Sebenarnya, bila dapat skrip Marina, ada beberapa adegan yang agak daring. Saya berbincang dengan pihak produksi untuk buat secara tidak keterlaluan.

“Saya berharap karya bersiri Marina ini dapat diterima penonton dan mereka yang gemar menonton drama,” katanya lagi.

Sinopsis Marina

Karya ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Konflik keluarga

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Berat Ed Sheeran Turun Mendadak, Ini Sebabnya!

Jom sama-sama ke arah gaya hidup sihat!

Hiburan Fri, 31 May 2019

小东生日愿望成真!东于哲出道十年上海首开个唱

郭晓东生日愿望成真!东于哲出道十年,在上海首开个唱。

Trending Sat, 26 Dec 2020
Sihat Thu, 9 May 2024
error: Content is protected !!