Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 4:27pm

[VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Harissa Adlynn tidak menafikan dia pernah didekati oleh selebriti lelaki, termasuklah pelakon senior.

Ketika ditemui XTRA, aktres muda berusia 21 tahun ini mendedahkan antara pelakon lelaki yang cuba untuk mendekatinya itu adalah seorang aktor senior berstatus suami orang yang sudah mempunyai cucu.

“Yang mendekati itu ada, tapi kita kena pandai untuk mengelak. Ada juga pelakon senior yang sudah bergelar suami orang dan bercucu datang mendekati,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Halim berkata dia pernah didekati secara fizikal.

“Ketika berlakon dia akan berpura-pura terpegang tangan, tetapi sebagai seorang perempuan saya tahu apa niatnya,” katanya lagi.

Harissa berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Aktres drama rantaian Iskandar Chempaka ini bagaimanapun bersikap profesional dan bertindak berani menegur sekiranya dia tidak selesa dengan keadaan tersebut.

“Saya tetap akan berlakon seperti biasa dan profesional. Tetapi jika dia tidak menghormati saya dan melampaui batas, saya berhak untuk melakukan sesuatu dan bersuara.

“Kalau ada yang melebih-lebih, saya akan menegur mereka dan mengatakan yang saya tidak selesa tetapi setakat ini ramai yang memahami apabila saya berkata begitu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Harissa telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.

Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning sebagai teraju utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Apr 2021

Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

Berikutan isu berita yang tular di media sosial, pihak polis hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa seseorang individu yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri perlu mengemukakan bukti jadual perjalanan dan aktiviti yang dilakukan. Pengarah Jabatan […]

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Terimbau Segala Kesalahan Ketika Berlakon Kisah Keluarga, Aliff Aziz Mesej Ibu Minta Maaf – “Doa For Me Umi”

Setiap orang ada kekhilafan sendiri 😊 Bagus Aliff dah sedar segalanya ❤️

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Sesuai Untuk Pengguna Islam…Raihan Perkenal Haruman Bebas Alkohol

Terbaiklah Raihan, korang kena support okay!

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Tahniah! Anzalna Nasir Selamat Lahir Bayi Lelaki

Alhamdulillah…tahniah Anzalna & Hanif!

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak, Bukan Nak Perli Elyana,” – Dato Vida

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

Mula Pakai Baju Longgar, Kurang Bercakap… Fathia Latiff Kongsi Perubahan Besar Dalam Hidup

Menurut Fathia lagi, fasa kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini banyak tertumpu kepada usaha memperbaiki tahap kesihatan dan menikmati kehidupan dengan lebih tenang.

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Terpulang Pada Lidah Masing-Masing” – Neelofa Terbuka Terima Review Jujur Nasi Ayam Mama Tini, Niat Sekadar Kongsi Rezeki 

Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai sambutan luar biasa yang diterima terhadap jualan nasi ayam ibunya, Noor Kartini.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Twitter anhevents, majlis itu dilaporkan berlangsung pada hari ini. Alhamdulillah, Tahniah Shila dan bakal suami!

error: Content is protected !!