Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2024 @ 2:05pm

Selesai Jalani Tempoh Idah, Fazura Anggap Pengakhiran & Permulaan Untuk Segalanya 

Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 41, selesai menjalani tempoh idah selepas perceraiannya bersama bekas suami yang juga pelakon popular, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Fazura memuat naik foto miliknya dengan memakai pakaian berona putih beserta kapsyen.

“The end of it all and the beginning of everything,” tulisnya.

Selain itu, hantaran berkenaan juga turut disertakan dengan tanda pagar #ketenanganku , #endofiddah, #alhamdulillah dan #loveallaround.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya tampil memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadap Fazura sekaligus berharap ibu anak satu itu terus cekal dan tabah dalam menjalani kehidupannya kelak.

Dalam pada itu, pelakon ini turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman rapatnya menerusi hantaran semula yang dimuat naik di ruangan Instagram Story nya.

Untuk rekod, Fzura dan Fattah sah bercerai  talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Elizabeth Tan beri tip pada pelakon bukan Melayu untuk kekal lama dalam industri.

Hiburan Thu, 10 Jul 2025

Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Konsert DiA Misha Omar bakal gegar Mega Star Arena 29 November Ini

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

Featured Fri, 3 Sep 2021
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Sun, 3 Dec 2017

“Suami Minta Tidak Hebahkan Perkahwinan Kami”

Izreen turut memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan perkahwinannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

error: Content is protected !!