Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2024 @ 7:11pm

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Penyanyi yang juga juri tetap program Famili Duo Musim Ke-4 (FD4) iaitu, Mas Idayu mencuri perhatian selepas tampil membuat persembahan di pentas akhir program itu pada Ahad.

Menyanyikan lagu baharunya berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’, nyanyian Mas Idayu itu bagaimanapun menuai pelbagai komen dalam kalangan warganet.

Bahkan, ada yang beranggapan nyanyian Mas Idayu pada malam final FD4 itu sebagai miming.

Meskipun, ramai yang mengkritik nyanyiannya, namun terdapat segelintir yang memuji lagu baharunya itu yang disifatkan sebagai catchy dan sedap untuk didengar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Terdahulu, seakan menepati ramalan, pasangan duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir diumumkan sebagai juara program Famili Duo musim keempat (FD4) sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.

Menerapkan elemen futuristik dalam persembahan pertama, Shiha dan Ieda berjaya memukau juri dengan ‘permainan’ enam LED laser menerusi lagu Doktor Cinta (Dewi).

Manakala, bagi persembahan kedua yang bertemakan bebas, pasangan duo ini mendapat markah ‘perfect 10’ dan ‘standing ovation’ apabila berjaya menyentuh emosi kedua-dua juri tetap iaitu, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu menerusi lagu pilihan mereka,  Mentera Semerah Padi (Datuk M Nasir).

Naib Juara pula dirangkul oleh pasangan duo sepupu, Ayie dan Salma Asis yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.

Dan, pasangan duo sepupu, Tomok dan Shahrul berada di kedudukan ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Program Famili Duao Musim 4 ini telah melabuhkan tirainya pada malam tadi selepas bersiaran selama 8 minggu bermula 20 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

Featured Thu, 6 Feb 2020

10 cara berkesan untuk kuruskan badan, nombor 10 paling mudah!

Tanpa perlu senaman keterlaluan atau kurangkan makan 

Featured Mon, 19 Jun 2023
Featured Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Thu, 1 Aug 2024
error: Content is protected !!