Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2024 @ 1:10pm

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Pelakon popular, Diana Danielle tampil memberikan respons susulan kes perceraiannya bersama aktor, Farid Kamil.

Kata Diana, suaminya itu gagal memperbaiki hubungan rumah tangganya walaupun sudah diberikan peluang kedua.

Bukan itu sahaja, tindakan Farid yang melambat-lambatkan kes perceraian juga menyusahkan ramai pihak.

“Sebab bila saya dah rujuk dengan dia setahun bukan kah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba memperbaiki kedaaan kita.

“Tapi his failed to do so. Jadi apa lagi yang saya patut lakukan sekarang? Keep hoping?,” ulasnya.

Dalam pada itu, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, memaklumkan, tindakan Farid kali ini sangat memualkan sekaligus menganggap aktor itu tidak berpijak di bumi yang nyata.

Malah, dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah dengan Farid.

“Tindakan dia (Farid) kali ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Sebab dia berangan. Tak ada apa-apa dah untuk kita selamatkan,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan pertama prosiding perceraian mereka.

Menurut peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, keputusan pada hari ini bergantung kepada reaksi pihak defendan iaitu Farid.

“Hari ini diteruskan dengan pemohonan cerai, jadi kita akan tunggu reaksi daripada defenda (Farid) sama ada dia bersetuju atau tidak,” ujarnya.

Ketika ditanya apa tindakan seterusnya sekiranya Farid tidak bersetuju untuk melafazkan cerai, Akberdin memberitahu segala proses akan mengikut prosedur selanjutnya.

“Kita akan ikut proses selanjutnya… JKP dan Hakam, jadi kita tunggu dulu,” jelasnya.

Pada 20 November lalu, peguam mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.

Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Sumber: Instagram Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Jun 2019
Hiburan Sat, 5 May 2018

Awas! Awie Keluar Amaran

Boleh jadi itu merupakan agenda untuk menjatuhkan kerjaya muzik Wings. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kontroversi berkenaan menjejaskan reputasi kumpulan Wings!

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok […]

Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘ Anje, Look At Where You Are Today!’- Sweetnya Ucapan Raf Yaakob Buat Mawar Rashid

Raf juga memberitahu Mawar merupakan seorang wanita berdisiplin dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelakon, anak, isteri dan ibu.

error: Content is protected !!