Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 12:45am

KRU, Cakra Khan, Ziana Zain & 3 Juara Terdahulu Bakal Hangatkan Konsert Pertama Calpis Soda OIAM

Menyinari pembukaan konsert episod pertama Calpis Soda One In A Million selepas lebih satu dekad menyepi, malam Ahad ini bakal dipenuhi dengan persembahan penuh bertenaga dan kehangatan.

Selain persembahan daripada para peserta, tumpuan utama pastinya akan terarah kepada penampilan tiga bekas juara—Suki Low, Ayu Damit, dan Tomok—yang akan kembali mempersembahkan lagu-lagu yang dimenangi mereka menerusi program ini. Suki Low dengan Berdiri, Ayu Damit dengan Hanya Di Mercu, dan Tomok dengan Berlari, bakal menghidupkan kenangan manis kejayaan mereka.

Selaku juri, Datuk Yusry dan Ziana Zain juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu ikonik mereka, Dekat Padamu dan Sangkar Cinta. Dalam pada itu, Cakra Khan, juri dari Indonesia, akan menambah kehangatan malam dengan persembahan penuh penghayatan melalui lagu hitsnya, Kekasih Bayangan.

Siapa sangka, KRU akan kembali menghiasi skrin anda malam Ahad ini, membuat kemunculan semula di TV3 setelah sekian lama, dengan persembahan langsung yang pasti akan dinantikan ramai dan mengembalikan kegilaan peminat KRU! Tiga lagu istimewa menanti para penonton, iaitu Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik, yang akan memeriahkan malam tersebut.

Malam konsert pertama ini penuh dengan kejutan dan drama yang pasti membuat penonton tak senang duduk! Adakah akan ada penyingkiran mengejut yang bakal mengubah perjalanan pertandingan? Atau mungkin ada pendedahan menarik tentang jumlah sebenar penampilan peserta? Siapa tahu, mungkin juga akan ada detik penuh emosi atau kejutan luar jangkaan yang menjadi bualan ramai. Apa pun, pastikan anda tak ketinggalan menyaksikan semua ini secara langsung!

Adakah anda teruja untuk menyaksikan kembalinya Calpis Soda One In A Million, program yang pernah mencetuskan sensasi suatu ketika dahulu? Jangan lepaskan peluang untuk merasai debaran dan kejutan dalam siaran episod pertama Calpis Soda One In A Million pada malam Ahad ini, 22 Disember 2024, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million! Nikmati gabungan hiburan terbaik dan kesegaran tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu pilihan utama yang pasti menyegarkan musim ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Nov 2025

Babak Atas Ranj*ng Riena Diana & Keith Foo Dalam Toksik Cinta Dikritik

Adegan intim melibatkan pelakon Riena Diana dan Keith Foo menerusi drama Tonton berjudul, Toksik Cinta mengundang kecaman

Hiburan Mon, 27 May 2024

Berjaya Raih Keputusan SPM 6 A, Kak KM Hadiahkan RM10,000 & Kereta Mercedes Pada Anak!

Wahhh, bestnya!!! Sweet tengok Kak KM meraikan kejayaan anaknya ❤️❤️

Hiburan Fri, 24 May 2019

Tak Mahu Terkenal Kerana Gosip

Cita-Citata yang pernah diceraikan selepas perkahwinan selama sebulan sahaja memaklumkan tidak berminat terjerumus sebagai artis yang popular kerana gosip cinta.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Contest Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Featured Fri, 22 Aug 2025

Intan Najuwa Mahu Keadilan Buat Arwah Zara Qairina –  “Jangan Jadikan Wang Alasan Untuk Lepas Siapa Yang Bersalah”

Intan Najuwa mahu keadilan ditegakkan buat arwah Zara Qairina #justiceforzara.

Featured Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!