Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 6:14am

Konsert Gamon Music Fantasia Bakal Buat D’Masiv & Kangen Band Galau Dengan Peminat di Pulau Pinang

Gamon Music Fantasia yang dianjurkan oleh Gamon Solution bakal menjadi konsert yang penuh dengan kenangan untuk peminat muzik tanah air, khususnya di Pulau Pinang.

Pada 25 Januari 2024, Setia Spice Arena akan menjadi lokasi untuk malam yang diimpikan, di mana lima band terkenal dari Malaysia dan Indonesia akan berkumpul, termasuk dua nama besar dari Indonesia yang sudah lama dinantikan oleh peminat, D’Masiv dan Kangen Band.

Konsert ini dijangka akan mencatat sejarah apabila mereka untuk pertama kalinya dibawa beraksi di luar Kuala Lumpur, menjadikan malam itu penuh dengan gelora galau dan healing bersama kedua-dua band popular ini.

D’Masiv dan Kangen Band, dengan lagu-lagu hits mereka yang melantun di hati para peminat, bakal memberikan persembahan yang memukau di pentas utama. Pemain gitar dan vokalis Kangen Band, dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa seperti pastinya akan membuat para peminat merasai momen galau yang mendalam.

Begitu juga dengan D’Masiv, yang dikenali dengan lagu-lagu romantis dan penuh emosi, bakal membawa penonton merasai healing yang tiada tandingan. Ini adalah kesempatan istimewa untuk berinteraksi dengan kedua-dua band Indonesia yang telah menawan hati ramai.

Peminat pastinya tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua band ini menggegarkan pentas, membawa mereka kembali ke saat-saat indah ketika lagu-lagu tersebut mengisi memori mereka.

Pengurus Projek, Syafiq Danish, berkongsi konsert ini menjadi kenyataan setelah permintaan daripada peminat yang ingin melihat konsert lebih besar dan luar biasa.

“Kami teruja membawa D’Masiv dan Kangen Band ke Pulau Pinang, kerana kami tahu betapa besarnya sokongan peminat dari utara tanah air. Setiap band yang terlibat dipilih berdasarkan populariti dan sokongan yang mereka terima dari peminat. Kami harap konsert ini dapat memenuhi harapan mereka,” katanya.

Gamon Music Fantasia akan berlangsung selama tiga jam, menampilkan band-band terkemuka seperti Hujan, Bunkface, dan Ruffedge, selain D’Masiv dan Kangen Band.

Meskipun promosi belum dilakukan secara meluas, penjualan tiket sudah mencapai angka 2,000 dengan sambutan yang luar biasa. Konsert ini akan menjadi penutup yang epik untuk siri Pentas HEALING yang telah mengunjungi tujuh lokasi sebelum ini.

“Pulau Pinang dipilih kerana kami ingin memberi pengalaman yang lebih besar kepada peminat di Utara, yang setia mengikuti konsert kami. Setia Spice Arena juga menawarkan kapasiti yang besar, sesuai untuk konsert yang diimpikan ini,” tambah Syafiq.

Tiket untuk menyaksikan konsert Gamon Music Fantasia sudah mula dijual dengan harga bermula dari RM90 hingga RM410, dengan pelbagai kategori yang sesuai untuk setiap jenis peminat. Jangan lepaskan peluang untuk merasai galau, healing, dan nostalgia bersama D’Masiv, Kangen Band, Hujan, Bunkface dan Ruffedge

Peminat dari utama Semenanjung pasti tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk menikmati konsert yang pastinya akan menjadi momen bersejarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Apr 2026

Isu Isteri Keluar Berjihad, Dr Maza Perjelas Kenyataan Tular – “Wanita Tak Didedahkan Pada Bahaya Perang Atau Apa-Apa Tanpa Keperluan”

Dr Maza memberikan teguran terbuka susulan isu berkaitan kenyataan melibatkan isteri yang keluar berjihad.

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

“Dalam Menang, Dia Sebenarnya Menjerut Leher Sendiri” – Luahan Anak Sulung Arwah Faziani Rohban Raih Tumpuan

Iqbar menegaskan keluarganya tidak pernah melupakan jasa baik, kasih dan sayang yang pernah ditunjukkan oleh bekas bapa tirinya itu.

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Featured Fri, 31 Oct 2025

Antara Emosi, Aksi & Eksperimen… Siapa Bakal Rangkul Trofi Filem Terbaik FFM34?

Siapakah bakal rangkul Filem Terbaik FFM34? Sama-sama kita saksikan!

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

SAYANGNYA KAMI BUKAN KEKASIH – SYAMEL

Menurut Syamel, panggilan sayang itu hanya sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud. Malah, bagi Syamel dia dan Erni hanyalah kawan baik sahaja

Trending Mon, 3 Jan 2022

Avaa Vanja Berjaya Dapatkan Hak Penjagaan Sementara & Injunksi Bagi Menghalang Anak Dibawa Keluar Negara

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas. Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti […]

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Nak tengok Hael berlakon jadi suami paling sweet?

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!