Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2024 @ 2:53pm

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Pelakon Nazim Othman berkongsi pengalamannya sepanjang perjalanan menuju majlis ilmu baru-baru ini menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Kata Nazim, selain lewat sampai ke lokasi dia juga tidak menemui arah untuk menuju ke dewan dimana berlangsungnya majlis ilmu tersebut.

Namun, setibanya di dewan berkenaan, dia berasa bersyukur dan teruja apabila diberikan tempat duduk dibarisan hadapan pentas majlis ilmu berlangsung.

Lebih menariknya, Nazim turut diberikan peluang untuk duduk semeja dengan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekaligus aktor itu mengambil peluang untuk bertanyakan tentang kemusykilannya mengenai apakah amalan yang boleh dilakukan untuk mengahapuskan dosa-dosanya selama usia 40 tahun ini.

“Apabila saya sendiri, saya selalu bercakap dengan Allah tentang pengakuan terhadap dosa-dosa saya.

“Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini.

“Bila terkenang dosa pahala sepanjang 40 tahun ini, saya jadi sayu mengenangkan amalan-amalan saya yang terlalu sikit,” katanya.

Mendengar soalan yang diberikan, Ustaz Azhar menasihatkan agar Nazim mendirikan Solat Taubat dan bacaan Sayyidul Istighfar sebanyak 100 kali.

“Awak balik, awak search Sayyidul Istighfar.

“Awak bangun malam, sembahyang sunat taubat dan baca sayyidul istighfar 100 kali, insyaa- Allah,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2020
Trending Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Sun, 11 Aug 2024

FUGŌ Tampil Dengan Album Sulung Berjudul “99”, Umumkan Siri Jelajah

FUGŌ lancarkan album 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri.

Featured Fri, 10 Feb 2023

PU Riz Hadiahkan Gelang Tangan Sepadan Dengan Cincin Sempena Hari Lahir Neelofa Ke-34 – “Tiada Satu Tanggungjawabnya Boleh Dipersoal Kerana…”

Wahhh, cantiknya gelang tangan Lofa sama padan dengan cincin 🤩🤩 Happy Birthday Lofa Loveeee 🥰🥰🥰

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Trending Wed, 21 Mar 2018

爱因斯坦「七大预言」已实现4个

爱因斯塔是世界十大著名物理学家之一,他不仅是一位杰出的物理学家,还是一位神奇的预言家!爱因斯坦的七大预言如今已实现了四个,七大预言中最恐怖的就是预言2060年地球将会毁灭!一起起来看看爱因斯坦的七大预言是什么!

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
error: Content is protected !!