Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 26, 2024 @ 1:32pm

[VIDEO] Kak KM Menangis, Sebak Kenang Jasa Ibu Mentua Banyak Bantu Ketika Susah – “Mak Saya Sampai Cemburu…”

Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM gagal menahan air mata apabila mengenang gasa ibu mentuanya yang banyak membantu ketika hidup susah di awal perkahwinan bersama suami, Razman Razali.

Menerusi video tular di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berkata ibu mentuanya itu sanggup berhutang demi memberi keselesaan kepadanya sewaktu mengandung anak sulung.

“Mak mentua aku memang baik. Waktu kami susah, dia datang rumah, dia pergi dapur tengok tiada apa. Dia terus bawak aku pergi beli peti ais.

“Selepas itu, aku mengandung. Aku asyik berpeluh je. Dia datang usap kepala aku. Dia cakap nak beli aircond walaupun terpaksa berhutang.

“Banyak jasa dia dan saya sangat rapat dengan mak mentua saya,” katanya.

Sementara itu, Kak KM turut berkata hubungannya yang terlalu rapat bersama ibu mentua telah menyebabkan ibunya, pelakon senior Normah Damanhuri iri hati.

“Sebenarnya kesusahan saya di waktu awal perkahwinan, mak saya pun tak tahu. Jadi bila saya dah ada duit sekarang, saya tak pernah berkira dengan dia.

“Saya bersyukur dan sangat mengenang jasa dia sampai mak saya cemburu saya bagi duit setiap bulan dekat mak mentua,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan sebak mendengar kisah Kak KM dikurniakan rezeki memperoleh ibu mentua yang sangat baik dan penyayang.

@dmnbitch3ss

Replying to @humairamikhailaakif part 7 !!

♬ original sound – > – >

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Wow! Aizat Amdan Cipta Lagu Khas Buat Tun Mahathir

Paling penting, korang yang ingin menyampaikan ucapan hari jadi kepada Tun M, jangan lupa untuk meletakkan #harapanjadinyata dalam ucapan tersebut nanti!

Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

黄明志首次与黄小琥、李佳薇同台飙唱!自嘲是小丑

黄明志这个月22日将与黄小琥、李佳薇两个巨肺歌手在云顶飙唱,他坦承压力大自嘲像马戏团的小丑:「感觉上像来乱的!」

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025

Semua peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh Malaysia bermula Julai hingga Oktober untuk mencipta content

Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Masih Diperli Netizen, Muntazar Ghufran Dedah Pernah Miliki Simpanan Cecah Ratusan Ribu

Muntazar Ghufran pernah cecah ratusan ribu dalam akaun bank

error: Content is protected !!