Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 30, 2024 @ 6:48pm

CSOIAM: Trauma Dengan Insiden Hitam, Marygrace Terkenang Momen Bapa M*ti Dibun*h Depan Mata Sendiri

Perkongsian peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Marygrace Jane Penserga, 24, mengenai insiden hitam melibatkan bapanya yang mati dibunuh rakan sendiri ketika dia berusia sembilan tahun telah menyentuh hati penonton.

Di minggu kedua CSOIAM yang berlangsung malam tadi, Marygrace berjaya memberikan persembahan yang cemerlang menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ellla, namun dia menghadapi detik sukar di atas pentas apabila terpaksa mengenang kembali tragedi pembunuhan bapanya.

Menurut Marygrace, insiden tragis itu berlaku di hadapan matanya serta seorang lagi adiknya di rumah mereka di Keningau, Sabah.

“Awalnya, saya tak faham lagu tugasan saya untuk minggu kedua. Lama-lama apabila saya fahami, lagu ini ada berkait dengan kisah peribadi yang melibatkan mendiang bapa saya. Satu demi satu kenangan dengan mendiang datang dan ia membuatkan saya teringat kepadanya.

“Masih segar di ingatan, mendiang bapa saya dibunuh depan mata saya dan adik. Ketika itu, saya berusia sembilan tahun dan ia terjadi di hadapan rumah kami. Walaupun ia sudah lama terjadi, saya tak dapat lupakan perkara itu yang jelas dalam fikiran saya, seolah-olah ia baru berlaku semalam,” katanya kepada XTRA.

Marygrace ditemui usai konsert minggu kedua OIAM di studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Menurut Marygrace, kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap pemikirannya sehingga meninggalkan kesan trauma sehingga kini.

“Rasa trauma itu pastinya ada. Kadang-kadang saya boleh menggigil, malah pernah mengalami anxiety dan kemurungan. Namun begitu, saya sangat bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat membantu saya menghadapi semua ini. Saya ada ibu, keluarga dan rakan-rakan yang tidak pernah lelah memberikan sokongan.

“Berkenaan pembuhuh bapa saya yang merupakan rakannya sendiri, dia berjaya ditangkap selepas kejadian itu. Namun begitu, saya sendiri tidak tahu sama bagaimana keadaan dia sekarang, sama ada sudah dilepaskan atau masih ditahan dan menjalani hukuman kerana dia bukan warganegara Malaysia,” kata Marygrace.

Enggan niat berkongsi kisah hitam menimbulkan salah faham, Marygrace menegaskan bahawa dia tidak terfikir untuk meraih simpati atau perhatian.

Jelas Marygrace, nyanyian menjadi cara untuknya meluahkan perasaan, terutama apabila merindui mendiang bapanya.

“Saya trauma dengan apa yang terjadi terhadap mendiang bapa, lebih-lebih lagi ia berlaku di depan mata, tetapi saya tidak suka menjaja kisah seperti ini untuk meraih publisiti. Menyanyi adalah cara saya meluahkan emosi dan ia juga merupakan sesuatu yang diajar oleh bapa kepada saya,” tambahnya.

Untuk konsert ketiga yang bakal bersiaran minggu depan bertemakan ‘Rasa Paling Indah’, 10 peserta iaitu Kai Deva, Alya Mardien, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Maryam Grace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah akan mara merebut hadiah RM1 juta.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Nov 2020
Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

Selebriti Sun, 24 Mar 2024
Trending Thu, 1 Sep 2022
Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Nonny Nadirah kembali Sendiri

Semoga terus tabah dan kuat ya Nonny!

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Alahai Lofa…

Pengguna Twitter @FizzZoule memuatnaik sebuah video menunjukkan Neelofa sedang bersiap untuk penggambaran iklan beliau di Taiwan. Namun dialog yang dilontarkan Neelofa dalam video tersebut seakan memerli video yang dirakamkan Fazura lebih awal.

error: Content is protected !!