Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 3, 2025 @ 12:30pm

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas kenyataan netizen yang mempersoalkan bentuk fizikalnya.

Malah, ada diantaranya yang mempertikaikan tindakan Intan menaiki kerusi roda (wheelchair) ketika menjalani pemeriksaan di hospital baru-baru ini.

Enggan peminat dan orang ramai di luar sana terus membuat spekulasi dengan mengatakan dirinya ‘manja’, Intan bagaimanapun menegaskan dia sudah boleh berjalan pada hari kedua bersalin dan penggunaan kerusi roda adalah bertujuan mempercepatkan perjalanannya berjumpa doktor.

“Saya hari kedua dah boleh bangun. Ada kerusi roda kita naiklah bagi cepat sikit.

“Saya pun hari berikutnya dah bangun cabut catheter. Ini naik kerusi roda sebab suami saya suruh, dia risau isteri dia tiba-tiba lari 100 meter,” katanya.

@intannajuwaaacheck up day for mommy & Lunara &lt3

♬ Originalton – ★

Sementara itu, menerusi perkongsian di ruangan Instagam Story (IGS), Intan menjelaskan bahawa dia terkilan apabila ramai dalam kalangan wanita malah yang bergelar ibu tampil menegur penampilannya kini.

Kata Intan, dia masih dalam proses untuk kembali kepada bentuk fizikal asal memandangkan dia baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 15 Disember lalu.

“Kenapa muka sembab? kenapa perut still kembung macam ada baby bump? kenapa naik wheelchair? takkan tak boleh jalan langsung? kenapa terbaring? Saya dulu lepas 6 jam dah bangun buat kerja.

“Guys, i just had a baby. I am slowly getting back to myself like any other mother in this world. Ia akan mengambil masa tapi saya akan cuba.

“Paling terkejut, ramai komen itu ditinggalkan oleh wanita dan golongan yang telahpun bergelar ibu,” jelasnya.

Justeru, enggan mengambil pusing mengenai komen negatif yang ditinggalkan, Intan menitipkan pesanan agar orang ramai belajar menghormati keputusan yang diambil orang lain sekaligus menyeru golongan wanita di luar sana supaya tidak menjatuhkan kaum sendiri.

“Kenapa kita tak boleh nak berbuat baik sahaja dengan orang lain? Wanita sepatutnya memberikan semangat dan menyokong antara satu sama lain. It should not be the other way around,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini baru sahaja dikurniakan dengan kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Jebat ni bijak sangatt! 🤩🤩 Walaupun phone terbalik, tetap ada gayaaa fiderman nii 🤣

Trending Fri, 24 Jan 2020

Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari

Kena tunggu dah ok baru cuti-cuti ya

Featured Wed, 12 Oct 2022
Trending Sat, 8 Jun 2019
Events Fri, 15 Mar 2019

IKEA Batu Kawan Saw More Than 20,000 Customers on the Grand Opening Day Alone!

The store is ready to serve 6.6 million customers!

Featured Wed, 1 Feb 2023

Muat Naik Foto Bersama Isteri, Hafidz Roshdi Buktikan Tiada Masalah Rumah Tangga?

Ish ish siapa lah yang buat cerita tu? Happy je suami isteri ni

error: Content is protected !!