Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 3, 2025 @ 11:58am

“Apa Sahaja Ibu Kongsikan, Saya Enggan Komen Lanjut” – Nelissa Nizam Mahu Selesaikan Masalah Keluarga Secara Peribadi

Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam, 27, mengesahkan telah menghubungi ibunya, Ayu Manaf dalam usaha menyelesaikan kemelut yang timbul sejak kebelakangan ini.

Namun begitu, bekas anggota kumpulan The Gadys ini memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut sehingga dapat bertemu secara bersemuka dengan ibunya.

Menurut Nelissa, dia lebih selesa menyelesaikan isu tersebut secara peribadi bersama ahli keluarganya tanpa melibatkan perhatian umum.

“Alhamdulillah, saya sudah menghubungi ibu dan kini menunggu kesediaannya untuk bertemu. Buat masa ini, saya perlu bertemu ibu terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa kenyataan. Mungkin dia juga sibuk dengan urusan perniagaannya kerana dia ada menjual sambal.

“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana ia melibatkan keluarga. Seharusya ia diselesaikan antara keluarga. Apa sahaja yang ibu kongsikan, saya enggan komen lanjut,” katanya.

Terdahulu, Nelissa didakwa mendedahkan pengalaman membesar dalam suasana sukar sebagai mangsa keganasan rumah tangga, namun kenyataan itu telah dinafikan oleh ibunya.

Dalam satu laporan media, Ayu memberikan penjelasan bagi meleraikan spekulasi selepas kenyataan Nelissa mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan.

Ayu turut mendakwa hubungan dengan anak-anaknya menjadi renggang, dipercayai berpunca daripada perkahwinan baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkal Dakwaan Nelissa Nizam Jadi Mangsa Dera, Ibu Tampil Dedah Perkara Sebenar – “Apa Salah Mama Sampai Perlu Mengemis Kasih Sayang Anak-Anak?”

Ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan isu bersama ibunya, Nelissa menegaskan dia tidak mengambil pusing selagi komen tersebut tidak melibatkan ibunya.

“Biarlah orang nak cakap apa sahaja. Kalau ada yang ingin bercakap, biar mengenai saya, bukan ibu.

“Keadaan saya setakat ini baik sahaja. Perjalanan hidup saya hanya diketahui oleh keluarga. Apa yang orang lain komen, itu di luar kawalan saya.

“Ketika isu itu timbul, saya sedang bekerja. Saya berada di Karnival Jom Heboh Kota Kinabalu. Saya kena utamakan kerja saya terlebih dahulu. Saya perlu bersikap profesional dan memastikan orang di sekeliling tidak terkesan.

“Saya berharap dapat bertemu keluarga dan menyelesaikan semuanya secara privasi,” katanya kepada XTRA.

Nelissa ditemui pada tayangan perdana filem Sahak Gangster di GSC IOI Damansara Mall, Kota Damansara, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Nelissa akan muncul dalam filem Sahak Gangster arahan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri terbitan Millennium Megamas Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 9 Januari hadapan.

Selain Nelissa, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Hariz Hamdan, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Mohammad Faizzal, Razak Ahmad, Chiwan, Azlan Komeng, Acong Sweetchild dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Hiburan Sat, 19 May 2018

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Bella pun dah move on, tidak mahu beri ulasan tentang penceraian. Give space ye !!

Featured Fri, 13 Feb 2026

Ditanya ‘Waktu Mengandung Boleh Bersama Atau Tidak’… Ini Respons Sasha Abdul Aziz

Sasha Abdul Aziz sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menjawab soalan netizen berkaitan hubungan suami isteri ketika hamil menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Alhamdulillah! Tahniah Fida dan Suami!

Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Mon, 15 Jul 2019

10张「世界最强挑夫」超级比一比!最后一张简直牛上天

世界上的神人很多,网路上屡见不鲜;但若论到顶上功夫的厉害,很难有人强过以下一系列……

error: Content is protected !!