Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2025 @ 2:26pm

Haliza Maysuri Letak Labu Kundur Di Pejabat Sebagai ‘Perlindungan’, Elak Kena Gangguan – “Ia Akan Membusuk Sebagai Tanda”

Usahawan terkenal, Haliza Maysuri mengambil pendekatan untuk menggunakan buah labu kundur sebagai ‘perlindungan’ bagi mengelak daripada sebarang gangguan atau aura negatif.

Menerusi sebuah video di TikTok, Haliza meletakkan buah labu kundur itu di pintu masuk premisnya yang dilihat sudah berkulat.

“Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan.

“Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua letakkan labu kundur di bangunan tersebut.

“Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam,” katanya.

Sementara itu, Haliza turut meluahkan rasa syukur apabila petua yang diamalkannya itu berhasil apabila tiada perkara yang tidak diingini berlaku ketika dia hadir ke sebuah majlis.

“Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun, saya dilindungi Allah sepanjang majlis. Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Hanya Allah maha mengetahui. Setiap ujian ada hikmah. Amalkan doa, tawakal, dan usaha, insyaAllah kita dijauhkan dari segala keburukan. Ingat, Allah sebaik-baik penjaga.” katanya.

Meskipun begitu, Haliza mempersoalkan mengenai kewujudan seekor belalang hijau di pejabat dan kediamannya.

“Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat atau di rumah saya, belalang ini apa pula?,” soalnya.

@halizamaysuri

“Syukur Alhamdulillah atas perlindungan Allah, setiap ujian ada hikmah. Amalkan doa, tawakal, dan usaha, insyaAllah kita dijauhkan dari segala keburukan. Ingat, Allah sebaik-baik penjaga.” “Ramai kenalan dan pelanggan saya tahu bahawa saya lama mengalami sakit. Setiap kali saya ke pejabat atau butik, saya akan pengsan. Namun, atas izin Allah, ada seorang hamba Allah yang memberi saya petua: letakkan labu kundur di bangunan tersebut. Katanya, jika ada aura negatif atau gangguan, labu kundur akan menyerapnya dan membusuk sebagai tanda. Wallahu’alam. Alhamdulillah, semasa majlis ulang tahun HM baru-baru ini, saya dilindungi Allah sepanjang majlis. Saya dapat berada di pejabat dan butik dengan sihat, selamat, dan meraikan pelanggan hingga selesai tanpa sebarang kejadian yang tidak diinginkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut atas petua ini. Apa-apa pun, hanya Allah yang lebih mengetahui. Tapi nak kongsi juga selalu je ada belalang hijau ni di pejabat, atau di rumah saya, belalang apa pula 🤔

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Sibuk Di Kolej Tak Halang Syafiq Popularkan Single ‘Sakit’

Single sulungnya ini merupakan ciptaan Candy Rozie ini sebagai ‘salam’ pengenalannya kepada muzik Nusantara.

Trending Sun, 15 Sep 2019

Ditampar Kerana Persoal Parking Kereta !

Zaman apa nie, main nak tampar orang pasal parking? Kena faham dan dengar dari 2 belah pihak

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

李幸倪6月首踏红馆开唱「想要周杰伦当嘉宾」

Gin李幸倪自从加入环球唱片后,先后推出《beGin》和《Live In The Moment》,以及凭着多首冠军作品横扫多个奖项,各方面均获得佳绩!日前唱片公司宣布,李幸倪将于今年六月迎来人生首个红馆演唱会,一圆多年梦想!

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

It’s A Boy…Tahniah Shima Anuar Timang Anak Kedua!

Alhamdulillah…tahniah Shima Anuar & suami!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Ada orang cemburu dan mahu menyimbah asid ke muka Elizabeth Tan.

error: Content is protected !!