Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 12, 2025 @ 5:27pm

“Hutang Bawa Kebinasaan, Pandanglah Isu Daripada Sudut Hikmah” – Ustaz Yaakub Yusra

Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra percaya isu hutang yang hangat diperkatakan mempunyai banyak hikmah kepada semua.

Menurut panelis program Tanyalah Ustaz TV3 ini, dia menyifatkan hutang membawa kebinasaan yang banyak kepada semua.

“Hutang membawa kebinasaan yang banyak. Setiap cerita mesti ada dua versi, saya yakin dengan perkara itu. Jadi, siapa yang berhutang, haruslah dilunaskan.

“Agama ajarkan kita jika berhutang, ia wajib dibayar. Ada kisah sahabat Nabi yang meninggal dunia. Sahabat lain datang dan memaklumkan kepada Nabi, ada sahabat meninggal dunia.

“Nabi bertanya, adakah dia sudah membayar hutang ketika dia hidup? Jika dia masih berhutang, Nabi enggan solat jenazah. Sampai begitu serius bab hutang ini.

“Bagi saya, setiap yang berlaku ada hikmah. Mungkin kes viral berlaku baru-baru ini, menjadi asbab untuk kita teringat kepada hutang,” katanya.

Yaakub yang ditemui pemberita di majlis pelancaran Jam Azan kolaborasi antara Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan PROMAS diminta mengulas mengenai isu hutang yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Terdahulu, kejadian yang berlaku antara dua pereka fesyen yang diserang seorang jurugambar heboh diperkatakan ramai dan ia didakwa berpunca kerana isu hutang.

Tambah pengasas MADAD ini, orang ramai harus menginsafi diri atas insiden viral yang terjadi.

“Hutang adalah perkara yang dibawa sampai mati. Apabila bertemu di Padang Mahsyar pun, ia akan dibicarakan. Nabi pernah berkata, orang yang tidak melunaskan hutang ketika di dunia, dia akan membayar hutang dengan amalannya.

“Saranan saya, apa juga perkara yang berlaku, pandanglah daripada sudut hikmah. Kes yang berlaku sudah pun berlalu, kita sebagai orang yang menyaksikan, perlu semak semula jika kita ada hutang-hutang lama yang belum diselesaikan.

“Allah memanjangkan umur pasti ada sebab. Antara sebabnya mungkin untuk melunaskan hutang. Banyak atau sikit, ia tetap hutang.

“Mengenai isu yang didakwa berpunca kerana isu hutang itu sehingga menyebabkan pertelingkahan, komen saya adalah matlamat tak menghalalkan cara. Kita tahu yang berhutang itu orang yang salah. Salah tetap salah tapi negara kita ada undang-undang. Ada pihak yang boleh dirujuk jika kita mahu menuntut hutang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

‘Dah Cari Guru Mengaji Ke Belum?’- Reaksi Baim Wong Ini Amat Mengejutkan!

Alhamdulillah…semoga dapat menjadi contoh kepada suami lain di luar sana.

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Wed, 9 Mar 2022
Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Events Mon, 12 Aug 2019

首要媒体开拍鼠年贺岁MV!许亮宇被曝不会数来宝

首要媒体开拍鼠年贺岁《笑笑力量大》MV!许亮宇被曝不会数来宝,自认过于「轻敌」没做足功课。

error: Content is protected !!