Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 13, 2025 @ 4:31pm

Rezeki Melimpah, Johan As’ari Berazam Nikahi Miss N Tahun Ini – “Kalau Aku Tak Kahwin Memang Teruk” 

Pelakon, Johan As’ari memaklumkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun baharu 2025 ini bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Miss N.

Ketika ditemui XTRA, Johan atau nama lengkapnya, Johan Ariff As’ari, 38, meluahkan rasa syukur apabila niatnya untuk berkahwin seolah-olah dipermudah apabila menerima banyak tawaran hampir setengah tahun 2025.

“Azam tahun 2025 ni saya betul-betul nak berkahwin. Bila saya tengok balik, saya fikir ‘ini kalau aku tak kahwin memang teruk’. Saya pun tak sangka… kalau tambah semua tawaran itu memang lebih daripada bajet saya nak berkahwin,” katanya.

Johan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Ketika disoal sama ada hatinya masih terpaut kepada wanita yang dikenalinya hampir enam tahun, Johan berkata dia berharap agar hubungan bersama individu dikenali sebagai Miss N itu akan berkekalan.

“Saya dengan orang yang sama. Kami berdua percintaan jarak jauh, dia (Miss N) di Perlis dan saya di sini. Kami berjumpa hanya kalau dia kebetulan turun ke KL.

“Insya-Allah saya harap dengan orang yang sama. Jodoh ini rahsia Allah. Saya harap mereka yang meminati saya doakan saya,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Tersipu Malu Kongsi Tentang Kekasih Hati, Johan As’ari Rahsiakan Tarikh Pernikahan – “Saya Nak Buat Kejutan”

Artikel Berkaitan: Johan As’ari Terpaksa Tangguh Majlis Nikah, Akui Takut Untuk Berkongsi Wajah Kekasih Gara-Gara…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Featured Sun, 12 Dec 2021

“Dia Pernah Datang Masa Dia Kerja Waiter” – Aznil Nawawi Kongsi Cita-Cita Remy Ishak Jadi Pelakon Ketika…

Pelakon Remy Ishak telah memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung pada Jumaat. Sejurus kemenangan itu, Remy berkongsi tentang kejayaannya di akaun Instagram dan […]

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Khatam 15 Kali Masih Lagi Tampil Seksi?

Tampil seksi walaupun sudah berkhatam 15 kali , dengar penjelasan Nana

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Alif Hadi dah temui pengganti Yasmin Hani?

Trending Fri, 27 Dec 2019

Android Beta Users Are Getting WhatsApp Dark Mode, iOS’ Coming Soon

In 2020, we may get dark mode for everything.

error: Content is protected !!