Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 15, 2025 @ 10:27am

Kongsi Foto Bekas Tunang, Sufian Suhaimi Siap Tinggal Kapsyen ‘Sweet’ – “Masya-Allah Sayangku”

Meskipun sudah memutuskan hubungan pertunangan tahun lalu, penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Hantaran yang memperlihatkan Rania mengenakan tudung dan baju berwarna krim itu turut disertai dengan kaspyen ‘manis’ yang ditulis penyanyi berkenaan.

“Masya-Allah sayangku,” tulisnya pada kaspyen foto tersebut.

Terdahulu, hajat pelantun lagu Di Matamu itu untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Rania Al Sadat terlerai.

Menurut Sufian, 32, cincin risik kedua belah pihak sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan tahun lalu, selain menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik sehingga hari ini.

Bahkan, Sufian  tidak menolak bahawa perpisahan berlaku disebabkan tidak sehaluan selepas membincangkan banyak perkara termasuk perihal kehidupan.

“Ini adalah keputusan bersama, tiada sebarang pergaduhan mahupun sebab orang ketiga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Featured Wed, 28 Apr 2021

“Berlakon Pandai, Nyanyi Sedap” – Ramai Terpegun Dengar Suara Diana Danielle

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan namun pelakon jelita, Diana Danielle membuktikan dirinya merupakan seorang yang versatile dan serba boleh. Terbaru, Diana memuat naik satu teaser lagu cover nyanyian beliau di laman Instagram miliknya menyanyikan lagu […]

Trending Wed, 1 Sep 2021
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Saat Kita Broken, Penat & Burnout Ramai Akan Cari Manusia Untuk Meluah… Tapi Sangat Sikit Orang Yang Cari Tempat Untuk Bersujud”- Neelofa

Demikian perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa mengenai bagaimana menghidupkan hubungan dengan Allah melalui doa.

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 10 Mar 2025

Sarah Yasmine Tuntut Bayaran Ganti Rugi Hampir RM1 Juta Terhadap Aliff Aziz

Sarah menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memburukkan namanya sebelum ini .

error: Content is protected !!