Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2025 @ 3:07pm

CSOIAM: “Kalau Anak Jantan, Kenapa Harus Koyak?” – Masalah Disiplin Kerana Tak Sihat & Insomnia, Rezza Shah Akur Kritikan Juri

Peserta Calpis Soda One In A Milion (CSOIAM), Rezza Shah, 23, menjelaskan dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai masalah disiplin.

Menjadi peserta tersingkir pada minggu keempat CSOIAM yang bersiaran Ahad lalu bersama Alya Mardien, Rezza menganggap kelewatan mengadiri sesi persediaan bersama pihak produksi dan kelas tarian menjadi punca timbulnya dakwaan dia tidak berdisiplin.

“Saya mengaku, saya lambat, tapi saya ada alasan tersendiri yang bukan sekadar untuk mempertahankan diri atau hendak menutup salah yang saya dah buat.

“Untuk sesi persediaan, saya lambat kerana ada janji temu di klinik sebab tekak saya sangat kering. Disebabkan terlalu banyak perkara yang mengganggu, saya perlu ambil ‘nebulizer’.

“Bagi kelas menari pula, saya berkata jujur, kerika itu saya terlajak tidur. Saya ada insomnia sejak berusia 12 tahun. Saya susah tidur, setiap malam memang saya cuba untuk tidur.

“Saya sudah cuba dengan tidak menggunakan telefon, tapi memang susah. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada suara dan saya akan dapat penyakit seperti tonsil,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, Rezza menerima komen pedas dua juri tetap CSOIAM, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain selepas usai melakukan persembahan medley dua lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal Slam dan Seragam Hitam dendangan asal Kristal.

Walaubagaimanapun, pemuda asal Sarawak ini mengaku ia sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk dirinya berkelakuan sebegitu dan Rezza menerima komen juri dengan hati terbuka.

“Ini sepatutnya tak dijadikan alasan, tapi hanya saya yang tahu. Selama ini, hanya saya yang hadap semua ini. Bila sudah ada sakit dengan apa yang saya alami selama ini, diri saya sahaja yang tahu.

“Saya rasa kalau orang lain hadap apa yang saya lalui, mungkin boleh jadi gila. Semua komen juri malam ini, saya rasa sangat membantu untuk lebih lama dalam industri muzik ini.

“Sekiranya tiada komen-komen sebegitu, saya takkan jadi manusia atau artis yang ada disiplin selepas ini. Bagi orang komen itu ‘pedas’, tapi bagi saya tidak.

“Kalau betul anak jantan, kenapa saya harus koyak selepas terima komen sedemikian? Saya dah buat salah, maka saya sendiri kena tanggunglah. Saya bakal perbaiki lagi disiplin selepas ini supaya akan lebih lama bertahan dalam industri muzik ini,” katanya.

Tidak meletakkan sandaran kepada rupa paras kacak atau suara nyanyian yang sedap, Rezza sedar dia harus mengutamakan elemen disiplin dan ia sepatutnya diberikan fokus jika dia mahu berjaya sebagai anak seni.

“Kalau menyanyi sedap atau ada rupa paras tampan macam mana sekalipun, tapi kalau disiplin tak jaga, tak guna. Saya pegang dengan prinsip itu.

“Saya berterima kasih kepada kakak, abang dan produksi program ini kerana beri saya teguran. Saya bakal mengeluarkan single terbaharu dalam masa terdekat dan berharap akan menerima sokongan,” katanya.

Sementara itu, konsert CSOIAM minggu kelima, Ahad depan bertemakan ‘Evolusi AJL’ menyaksikan hanya enam peserta yang bakal membuat persembahan.

Mereka yang berjaya mara adalah Zazzleen, Eylia Guntabid, Kai Deva, Mariam, Marygrace dan Jimi.

Proses penyingkiran seterusnya akan diadakan pada konsert minggu kelima sehingga empat finalis berjaya dicari untuk berentap pada konsert akhir, 9 Februari nanti.

Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu kembali disiarkan di TV3 bermula malam ini hingga 9 Februari tahun depan dengan format baharu.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Oct 2021

Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu. Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics. […]

Featured Thu, 4 Aug 2022

#WhazzupNetizen: 72% Lepasan SPM Tak Sambung Belajar Pilih Jadi Influencer, Heboh Isu Intern Tak Layak Dibayar & Jemaah Indonesia Berdandan Balik Dari Haji

Uish ramainya lepasan SPM pilih jadi influencer! Korang rasa intern perlu dibayar atau tak? Fuh, sakan melaram balik dari tunai Haji. Ini 3 topik menarik #WhazzupNetizen minggu ini!

Selebriti Mon, 6 May 2024
Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 14 Jan 2022

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan. Penerbit dan […]

Hiburan Wed, 2 May 2018

“Pelawak Harus Punya Idea Sendiri” – Afdlin Shauki

Datuk Afdlin Shauki menegaskan bahawa pelawak-pelawak tempatan perlulah mempunyai identiti sendiri dan tidak menciplak mana-mana idea orang lain terutamanya apabila membuat persembahan

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Hiburan Fri, 27 Dec 2024
Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

error: Content is protected !!