Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 17, 2025 @ 3:15pm

[VIDEO] Bengang Dituduh Murtad & Liberal, Imran Bard Tanya Ustaz Isu Susukan Anak B*bi

Pempengaruh, Imran Bard mengakui terkesan terhadap komen segelintir netizen yang menghentamnya murtad dan ‘liberal’ gara-gara menyusukan anak babi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Imran menjelaskan dia ada berjumpa dan bertanya kepada ustaz yang dikenalinya berhubung perkara tersebut selepas teruk dihentam.

“Saya down, sebab orang fitnah saya murtad. Saya pergi jumpa ustaz bagi tahu semua ni tanya apa salah saya.  Dia cakap tak dosa sebab babi tu binatang, susukan dia cumanya tak boleh sentuh dan makan. Kalau tersentuh, masih boleh samak. Tak ada yang salah.

“Ustaz tu kata Inilah perangai budak-budak sekarang, susah nak muhasabah sendiri. Salah dia sebab saya Melayu dan pengikut saya kebanyakkannya Melayu. Memang yang saya buat ni tak langgar agama, tapi salah bagi orang melayu,” katanya.

Menerusi video sama, Imran turut menyifatkan masyarakat seolah-olah ‘menghalalkan’ kritikan sehingga membawa ke fitnah melampau terhadap seseorang meskipun perkara yang dilakukan itu tidak salah di sisi agama.

“Ada yang komen dakwa saya dah murtad, liberal, saya terkejut sampai ada yang kata saya buka ruang fitnah. Saya tak sentuh, peluk, atau makan.. hanya susukan babi itu dan saya pegang botol susu hujung tangan.

“Babi tu tetap binatang ciptaan Allah swt, nak fitnah aku apa? Bukan aku dengan orang bukan muhrim. Itu iyalah menimbulkan fitnah.

“Fitnah itu tetap dosa. Masyarakat kita ada satu culture, fitnah tak apa tapi kalau bagi makan anjing atau babi tak boleh,” ujarnya lagi.

@imeringue2

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

Artikel Berkaitan: Teruk Dikecam Gara-Gara Susukan Anak Ba*i, Imran Bard Sifatkan Satu Pengalaman Indah – “Saya Rasa Tiada Masalah, Asalkan Tak Pegang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Bawa ‘Teman Istimewa’ Ke Malam Gala Filem Pontianak 200 KG, Hati Aya Amiruddin Kembali Berbunga?

Wahhh, hati Aya dah kembali berbunga-bunga cinta dengan siapa tu? Hehe

Hiburan Fri, 8 May 2026

Kristal OG Bukti 25 Tahun Masih Berbisa, Zepp KL Dibanjiri 2,500 Peminat

Lebih 2,500 peminat memenuhi Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bagi menyaksikan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan.

Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Hiburan Fri, 8 Feb 2019
Hiburan Tue, 12 Aug 2025
Featured Mon, 23 Dec 2024
error: Content is protected !!