Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 19, 2025 @ 4:12pm

Hubungan Selama 4 Tahun Terlerai, Naim Daniel Tinggalkan Kekasih Hati – “Saya Perlukan Ruang Cari Diri Sendiri”

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel baru sahaja melalui fasa putus cinta selepas empat tahun bersama wanita yang juga berkecimpung dalam industri seni.

Meskipun enggan mendedahkan sosok wanita tersebut, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengakui keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.

“Saya yang mengambil keputusan untuk berpisah kerana saya rasa saya perlukan ruang untuk mencari diri saya. Pada ketika itu, saya rasa berpisah adalah jalan terbaik,” katanya.

Meskipun kecewa kerana gagal dalam sebuah perhubungan, Naim bagaimanapun menganggap bahawa perkara yang berlaku adalah takdir dan ujian atas ketentuan Illahi.

“Sedikit kecewa, bagi saya 2024 itu adalah tahun paling teruk saya hadapi. Bukan senang kita nak lupakan semua kenangan bersama.

“Hidup harus diteruskan. Kalau dah tertulis bukan jodoh dan rezeki, nak buat macam mana lagi.

Naim berkata demikian ketika ditemui di acara House Party XO House x High Cultured pada Jumaat lalu.

Mengulas lebih lanjut, Naim berkata dia kini telah bersedia untuk menamatkan zaman bujang, namun buat masa ini hatinya belum dimiliki mana-mana wanita.

“Kadang-kadang tak tahu bila seru nak kahwin tu sampai. Mungkin sebelum ni saya tak rasa nak kahwin, dan sekarang perasaan itu baru datang. Sesuatu yang sebelum ini tak pernah muncul.

“Saya memang ada niat nak berkahwin sebenarnya, cuma jodoh tiada. Setakat ini, hati saya belum diisi mana-mana wanita. Saya memang solo tetapi tidak mencari.

“Saya fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi, siapa-siapa sahaja yang datang selepas ini nak mengenali, saya okay saja,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata dia akan melancarkan album terbarunya yang bertajuk Lelaki Gila yang bakal dipasarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Naim memaklumkan dia sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang wanita yang juga terlibat dalam industri hiburan, namun ketika itu pelantun lagu Purnama ini enggan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai kisah tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Zizi Kirana Seru Henti Perbalahan, Ajak Fokus Kepada Misi Sumud 2.0

Zizi Kirana berharap orang ramai tidak terbawa-bawa dengan perbalahan yang boleh menjejaskan fokus utama misi Sumud 2.0.

Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Tue, 13 Apr 2021

Khai Bahar Mahu Peminat Mengingati Kematian Menerusi Damba Ketenangan

Penyanyi, Khai Bahar kini tampil berbeza dengan album terbaru berjudul Damba Keterangan menerusi trak Perpisahan. Damba ketenangan turut memuatkan lima alunan zikir lain seperti seperti Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astagfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan […]

Hiburan Mon, 27 Feb 2023

Kenali ‘The JoKeRs,’ Trio Fly FM Yang Menghiburkan

Memang tak sah kalau tak kelakar!

error: Content is protected !!