Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 20, 2025 @ 2:12pm

“Pendidikan S*ks Seharusnya Dimulakan Sejak Usia Muda” – Jefri Nichol

Pelakon popular Indonesia,  Jefri Nichol memberiakn respons berkenaan pendidikan seks yang perlu diperkenalkan kepada pelajar sejak dari peringkat awal persekolahan lagi.

Memetik laporan Kompas.com, Jefri yakin bahawa usaha ini penting demi menjadikan masyarakat peka terhadap penularan seks bebas dan penyebaran penyakit kelamin di kalangan masyarakat Indonesia.

“Bagi saya, pendidikan seks seharusnya dimulakan sejak usia muda kerana kanak-kanak kini sudah lebih faham tentang seks.

“Bahkan ada yang berani mencuba tanpa menyedari bahayanya. Kebanyakan mereka juga terpengaruh dengan rakan sebaya dan apa yang mereka lihat,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Surat Cinta Untuk Starla The Movie  ini juga menegaskan, pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam masyarakat.

Ini kerana, pengenalan kepada alat pencegahan kehamilan amat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin.

“Pendidikan seks adalah sangat penting sejak kecil. Alat pencegahan kehamilan juga perlu dikenalkan supaya mereka faham.

“Walaupun seks adalah perkara peribadi, ia tetap akan berlaku, jadi pendedahan yang sewajarnya harus diberikan.

“Jangan takut atau malu untuk membeli alat pencegahan kehamilan kerana ini melibatkan kesihatan diri sendiri,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Jefri ketika hadir pada satu acara yang berlangsung di Senayan, Jakarta pada 18 sehingga 23 Februari lalu.

 

Sumber: Kompas.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Aug 2024

Kongsi Rutin Harian Bersama Ibu Bapa, Shukri Yahaya Bikin Netizen Sebak! – “Comelnya! Bila Dengan Parents Auto Jadi Budak Kecil”

Alahai, comelnyaaaa! Moga ibu bapa kita semua happy dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik❤️

Kisah Viral Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Sat, 26 Aug 2023
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Berkat Doanya, Ramai Datang”- Azlee Senario Syukur Gerai Dapat Sambutan Selepas Dikunjungi Ebit Lew

Jika dahulu, lakonan dan jenakanya sering menjadi hiburan peminat di kaca televisyen namun kini pelawak Azlee Senario berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki akibat hilang mata pencarian dalam musim pandemik. Baru-baru ini, tular di media sosial […]

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Fri, 9 May 2025

Komitmen Kerja Punca Tangguh Berhijab, Isyariana Percaya Pada Rezeki – “2018 Lagi Saya Dah Niat Tapi…”

Isyariana pernah menerima tawaran namun ditarik semula gara-gara imejnya kini yang sudah bertudung.

error: Content is protected !!