Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2025 @ 9:37am

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Mengaku susah hidup sebagai anak perantau, pelakon Tracie Sinidol menjelaskan, banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapinya.

Katanya, banyak momen bersama keluarga yang perlu dikorbankan apabila bergelar sebagai anak perantau.

“Susah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi. Kadang-kadang perkara itu sendiri kita tak dapat jangka.

“Dan pastinya bergelar sebagai anak perantau membuatkan kita banyak terlepas momen-momen bersama keluarga.

“Kadang sambutan perayaan pun kita tak dapat nak balik kampung disebabkan komitmen pekerjaaan. Dan bila kita mahu balik ke sana (Sabah) pun harga tiket agak mahal,” katanya.

 

Berkongsi lanjut, Tracie gagal menahan sebak apabila mendedahkan perkara paling menyakitkan yang sehingga kini masih berbekas dihati adalah ketika menerima perkhabaran duka bahawa nenek tersayang telahpun meninggal dunia.

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

“Dan sebagai perantau tu ada banyak perkara yang akan kita terlepas. One of the challenging part is, bila saya dapat berita nenek saya meninggal … waktu tu saya tengah shoot drama.

“Masa tu pula saya tengah shooting dalam hutan, dapat berita kematian tu pun lambat disebabkan line yang kurang memuaskan.

“Tambah pula, saya ada komitmen. Ada banyak momen yang saya terlepas dan itu adalah cabaran saya sebagai seorang anak perantau.

“Masa dapat berita tu juga, saya sangat sakit hati sebab masa tu tak ada tiket flight yang available. Saya masih ingat lagi macam mana perasaan tu. Sangat menyakitkan untuk saya apatah lagi bila orang yang kita sayang meninggal. Kalau boleh drive, saya akan drive.

“Selain tu, momen melihat adik-beradik membesar juga adalah cabaran untuk saya sebab saya tidak ada bersama mereka,” jelasnya.

Tracie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Gadis Semasa yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain itu, ketika disoal sama ada pengalaman tersebut membuatkan dirinya lebih kuat atau sebaliknya, Tracie bagaimanapun menjelaskan, dia hanya mampu melakukan yang terbaik dan tidak mahu keluarganya berasa risau dengan keadaan dirinya apatah lagi tinggal berjayhan dari mereka.

“Saya cuba sehabis baik sebenarnya. Banyak orang tidak tahu apa yang saya buat disini dan banyak yang saya pendam sendiri.

“Apapun, saya cuba untuk jadi lebih kuat dan buat yang terbaik demi keluarga saya,” ujarnya.

Untuk info, selain Tracie, drama Gadis Semasa yang akan ditayangkan di Viu ini turut dibintagi pelakon popular tanah air seperti, Mira Filzah, Syafiq Kyle, Bella Dowanna, Sherry Ibrahim, Azhar Sulaiman, Nadia Awilah dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Akui Status Jantina, Sam Smith Adalah Non-Binary!

Gay ye, yang ni Sam Smith sendiri buat pengakuan yang He is non-binary! Kalau korang taktau tu apa, bolehlah google.

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Mon, 19 Jan 2026
Hiburan Fri, 4 May 2018

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya…

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.

Trending Thu, 20 Feb 2020

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Doa peminat buat BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga

error: Content is protected !!