Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2025 @ 5:53pm

“Kami Serah Pada Rezeki, Cepat Atau Lambat Kami Terima” – Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah kini sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua, memandangkan anak sulungnya, Wan Khair Amir, kini sudah berusia tiga tahun.

Kata Mira, dia dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar, sebelum ini pernah merancang untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada anak pertama mereka.

Namun, tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk memiliki anak kedua.

“Amir sudah tiga tahun, jadi kami sudah bersedia untuk mempunyai anak lagi. Pada masa yang sama, saya juga berharap ada rezeki,” ulasnya.

Mira berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Mengulas lanjut, Mira dan suami sebelum ini menangguhkan perancangan untuk hamil kerana anak pertama masih kecil.

Bagaimanapun, aktres itu kini menyerahkan sepenuhnya kepada takdir dan rezeki Allah.

“Kami merancang untuk anak kedua, tapi kami tidak mengambil langkah pencegahan. Kami serah kepada rezeki, cepat atau lambat, kami terima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mira kini terlibat dalam drama bersiri Gadis Masa bersama Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Bella Dowanna, dan ramai lagi.

Sekadar info, Mira dan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir, yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。

LIFESTYLE Mon, 9 Jul 2018

Ada Anak Kecil Tapi Rumah Kekal Kemas, Wanita Ini Kongsi Tips!

Namun, tak salah untuk menerapkan ajaran kepada si kecil anda agar menjadi seorang pengemas sejak kecil.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sun, 4 Nov 2018
Trending Fri, 1 Jan 2021
Hiburan Thu, 4 Apr 2019

中田英寿——为世界带来清酒!

中田英寿:从「日本球王」到最具有国际范的顶级日本酒的第二人生。

Featured Thu, 12 Mar 2026

“Saya Tak Anggap Pertanyaan Itu Perkara Toksik” – Amyza Aznan Perjelas Kerap Pakai Shawl Yang Sama Berulang Kali, Nafi Terasa Hati Dengan Peminat

Demikian respons pelakon dan pelawak, Amyza Aznan ketika diminta mengulas mengenai komen yang diberikan warganet terhadap selendang (shawl) yang sering digunakannya.

error: Content is protected !!