Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2025 @ 5:59pm

[VIDEO] “Kesihatan Diri & Kejernihan Mental Adalah Segalanya” -Syarif Sleeq Akui Prinsip Rezeki Berubah Sejak Meningkat Usia

Bekas anggota kumpulan Sleeq, iaitu Syarif mengakui prinsip mengenai rezeki telah berubah sejak meningkat dewasa.

Penyanyi dan usahawan yang berasal dari Singapura ini berkata makna rezeki menurutnya di usia 35 tahun ini adalah merangkumi kesihatan mental, kesihatan yang baik termasuklah bertanggungjawab menjadi ketua keluarga yang mampu menyediakan keselesaan.

“Jika awak tanya saya apa prinsip rezeki ketika saya berusia 20-an, saya akan katakan ia semua tentang perkara material. Saya mahu beli rumah, saya mahu beli kereta dan sebagainya. Semua itu adalah impian dan cita-cita yang kita ada.

“Tetapi kini, saya rasa kesihatan dan kejernihan mental adalah segalanya, selain juga mampu menyediakan makanan di atas meja, sesederhana itu pun, bagi saya itulah rezeki,” katanya.

Sementar itu, Syarif yang pernah mempunyai kumpulan duo bersama Alyph ini turut mempercayai kepentingan berkongsi rezeki bersama orang lain, terutamanya pekerja yang berkhidmat untuknya.

“Kita juga tidak akan menjadi miskin dengan memberi. Bahkan untuk pekerja saya, saya berikan apa sahaja yang mereka inginkan dan apa yang mereka layak dapatkan. Saya bawa mereka bercuti empat hari ke Vietnam, hanya untuk menggembirakan mereka, untuk berkongsi kemajuan dan rezeki syarikat. Jadi, bagi saya, itulah definisi rezeki saya sekarang pada usia 35 tahun,”

@diariayah

Makna & prinsip rezeki berubah semakin kita dewasa #diariayah #ayah #podcast @Syarif sgl juga kongsi cara beliau kembangkan perniagaan @Chulop! & @Boms & Buns ke Malaysia @Boms & Buns dalam podcast Diari Ayah.

♬ original sound – DiariAyah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

Bengang Dengan Bekas Suami, Ezlyn Bagi Amaran Bayar Hutang!

Dia boleh tuduh Siti Saleha pulak, kesian budak tu tak pasal dia kena!

Events Tue, 2 Oct 2018
Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

“B*doh Tak Ada Sivik!”- Nabila Huda Berang Sikap Individu VIP Buang Puntung Rokok Merata-Rata

Haa…kan Abil dah marah! Kalau tak reti nak buang elok-elok, takyah hisap rokok lah!

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

FS合体蔡恩雨自组「SPF」新组合!打造属于三人的小时光

FS和蔡恩雨合作过数次,这次带来的这首《小时光》是否就代表着他们三位的小时光呢?是还是互相吐槽的友谊呢?

Trending Tue, 6 Oct 2020

Wajib Baca! Syarat Kelayakan Permohonan BPN 2.0

Jom check korang layak ke tak!

Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

“Buat Main Anak Orang, Kurang Ajar!” – Abby Abadi Kesal Tindakan Aslam, Fazura Tampil Beri Sokongan

Abby turut mempertikaikan tindakan suami Marissa, iaitu Ahmad Aslam yang didakwa mempermainkan perasaan nak perempuannya itu.

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Tanya Soalan Kepada Bekas Isteri, Aliff Aziz Didakwa Cari Publisiti?

Apapun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

error: Content is protected !!