Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2025 @ 3:24am

“Setiap Kali Lontar Dialog, Saya Banyak Istighfar & Solat Taubat Selepas Selesai Penggambaran” – Zamarul Hisham

Pelakon berkaliber, Zamarul Hisham mengaku wataknya dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran secara eksklusif di Tonton merupakan sesuatu yang berbeza.

Dalam naskhah bersiri arahan Heykal Hanifah itu, Zamarul membawakan karakter sebagai ketua ajaran sesat Tanah Surgo bernama Ayah Abdul.

“Watak Ayah Abdul ini benar-benar mencabar kerana saya perlu menyampaikan dialog yang cukup menggerunkan kerana ia melibatkan soal agama. Walaupun hanya lakonan, kesannya tetap terasa,” kata Zamarul.

Dalam pada itu, suami kepada Diana Rafar ini juga mendedahkan drama bersiri ini terkandung banyak pedoman mengenai bahaya ajaran sesat.

“Setiap kali melontarkan dialog, saya perlu banyak beristighfar dan melakukan solat taubat selepas selesai penggambaran.

“Langit Ke Tujuh penuh dengan pedoman, terutama tentang bahaya penipuan, agenda licik, dan taasub yang boleh membawa kepada kesesatan. Jadi, penonton perlu menontonnya untuk lebih memahami perkara ini,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Sinopsis Langit Ke Tujuh

Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai Tanah Surgo, sebuah komuniti pemujaan agama. Ayah Abdul menganggap dirinya sebagai penyelamat dunia dengan bimbingan dan ajarannya.

Pengikut Tanah Surgo malah percaya tempat itu adalah jalan mereka menuju Tuhan dan syurga, sehingga sanggup mempertahankannya walau apa jua perkara yang melanda.

Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.

Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada agama. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.

Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah.

Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya, meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.

Apa yang menanti setiap watak yang terpalit dalam dunia Langit Ke Tujuh ini? Adakah mereka mampu mendedahkan kebenaran di sebalik ajaran sesat Tanah Surgo serta menghentikan pengaruhnya sebelum terlambat?

Bersediakan penonton untuk menyelami pengalaman hiburan yang melangkaui batas imaginasi, membuat mereka tertanya-tanya, adakah perkara ini benar-benar wujud dalam realiti?

Saksikan Langit Ke Tujuh, bermulai 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 May 2024
Trending Sun, 23 Sep 2018

Liwat Sembilan Pelajar Tahfiz, Tenaga Pengajar Ditahan Polis!

Sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ernie Zakri ‘Approve’, Puji Lagu ‘Berjauh-an’ Aina Abdul – “Suka Dua-Dua… Versi Suara Rendah & Tinggi, Tahniah!”

Ernie atau nama Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata dia menyukai kedua-dua versi lagu tersebut.

Trending Mon, 17 Sep 2018

Akhirnya… Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Akaun yang kurang seminggu dibuka itu kini sudah mempunyai lebih 10,900 pengikut.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
error: Content is protected !!