Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 6, 2025 @ 6:49pm

#CSOIAM: Finalis Makin Hebat! Semua Dah Ada Single, Siapa Paling Padu? Undi Sekarang!

Separuh akhir CSOIAM sekali lagi membuktikan mengapa ia menjadi fenomena yang menggila! Penuh dengan drama, kejutan, dan pertarungan vokal yang membara, pentas Ahad lalu benar-benar mencipta detik bersejarah! Lima peserta terbaik bertarung habis-habisan demi satu tiket ke pentas akhir CSOIAM, yang bakal berlangsung Ahad, 9 Februari 2025. Lebih mendebarkan, jumlah penonton dan undian terus meningkat setiap minggu! Malah, CSOIAM kekal satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!

Kini, bukan hanya perjalanan mereka yang menjadi perhatian, tetapi juga sejauh mana program ini mampu melahirkan bintang baharu yang bersinar dalam industri muzik. CSOIAM membuktikan kesungguhannya dengan mempersiapkan setiap finalis dengan single eksklusif mereka sendiri!

Zazzleen, Kai Deva, Jimi, dan Marygrace – kini bukan sekadar peserta, tetapi bintang yang sedang bersinar! Zazzleen tampil berani dengan “Merah,” manakala Kai Deva memukau dengan “Mengejar Bintang.” Jimi, dengan vokalnya yang memikat, menghadiahkan “Tetap Berharap,” sementara Marygrace bersedia memperkenalkan dirinya menerusi “Titik Mula.” Ironinya, Jimi hampir tersingkir tetapi berjaya mara selepas pertarungan sengit dengan Maryam, yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Namun, Maryam juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana single “Idola” sudah pun tersedia untuknya!

Sekarang, cabaran sebenar bermula! Bukan sahaja mereka perlu memberikan persembahan vokal terbaik di pentas akhir, tetapi juga memastikan single mereka diterima dan menjadi batu loncatan untuk terus bertahan dalam industri. Dengan tema Malam Terpaling Fizz, peranan peminat kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini!

CSOIAM telah membuka jalan buat bintang-bintang ini, dan mereka telah berusaha sehabis baik untuk sampai ke tahap ini. Kini, giliran anda – peminat setia – untuk bertindak!

Jangan biarkan bintang kegemaran anda terlepas gelaran juara! Undian anda merangkumi 40% daripada keseluruhan keputusan, sementara 60% lagi berada di tangan juri profesional. Ini peluang anda untuk memastikan Jimi, Zazzleen, Kai Deva, atau Marygrace terus melangkah dengan penuh gemilang dalam industri muzik!

Mereka sudah bersedia memberikan persembahan terakhir yang epik, dengan impian merangkul hadiah RM1 juta. Dan anda – yang mengundi – adalah kunci kepada kemenangan mereka!

Mahukan perkembangan terkini? Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti segala berita mengenai CSOIAM di pelbagai platform media sosial. Saksikan pentas akhir secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, setiap Ahad dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 atau strim secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One In A Million? Undian anda adalah penentu! Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan yang penuh kejutan dan kehangatan hanya di TV3. Teruskan mengundi dan jadikan finalis kegemaran anda juara CSOIAM dengan hadiah bernilai RM1 juta di genggaman mereka!

Lebih istimewa – episod finale kali ini bakal memberikan ganjaran buat anda! 50 penonton bertuah akan berpeluang memenangi hadiah lumayan!

Jangan lupa juga untuk mengikuti perjalanan penuh emosi dan sorotan eksklusif di Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Featured Mon, 8 Jun 2026

“Saya Memang Against Poligami” – Edika Yusof Sebak Lihat Penderitaan Ibu

Edika Yusof menolak poligami kerana ibunya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu.

Hiburan Sat, 16 Nov 2024
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Jonghyun – Peminat Berhijab Berkumpul Kenang Netizen Kecam

Peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu hadir dengan membawa beberapa barangan peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara itu berlangsung

Events Fri, 27 Dec 2019

Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Jangan lupa untuk undi artis kegemaran korang!

error: Content is protected !!