Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 7, 2025 @ 8:00am

“Tak Sangka Dia Nak Sondol Suami Saya!” – Selebriti Muslimah Berstatus Janda Didakwa Ganggu Rumah Tangga Orang

Seorang wanita tampil mendakwa rumah tangganya diganggu selebriti berpenampilan muslimah berstatus janda sejak hampir dua tahun lalu.

Dakwa wanita yang mahu dikenali dengan panggilan Y, selebriti yang berstatus ibu tunggal itu pada awalnya rapat dengan keluarga mereka selepas berurusan dalam perniagaan.

“Kami mula berkenalan dengan selebriti itu apabila dia menjadi pelanggan bisnes kami. Selepas itu, keluarga kami mula rapat dengan dia sehingga saya sendiri dah menganggap dia sebagai famili.

“Dia sering datang ke rumah dan saya tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawakan.

“Dia turut membawa anaknya bermain dengan anak kami di rumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza,” dakwanya ketika ditemui XTRA.

Tambah Y, akhirnya hubungan mesra antara selebriti itu dengan suaminya dapat dihidu apabila dia membaca mesej mesra mereka di media sosial.

“Saya dapat membaca mesej mereka yang mesra. Saya sangat terkejut apabila selebriti yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci murni memanggil suami saya dengan panggilan manja.

“Rupanya dia sudah lama mahu mendekati suami saya dan mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama hampir dua tahun.

“Saya bersemuka dengan selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu.

“Saya sangat kesal kerana telah melayan dia seperti keluarga namun akhirnya dia tikam belakang saya. Saya tak sangka dia mahu ‘sondol’ suami saya,” dakwanya lagi.

Lebih memburukkan keadaan, Y mendakwa selebriti itu masih tidak ‘sedar diri’ dan terus menunjukkan usaha mahu bergelar isteri kedua.

“Dia masih berusaha, menghantar saya petikan hadith dan ayat-ayat Islamik berkenaan poligami. Suami juga memujuk agar kami duduk bertiga dan berbincang mengenai perkara ini sedangkan saya memang tak bersetuju sejak awal sehingga rumah tangga kami goyah.

“Tujuan saya tampil mendadahkan perkara ini kerana mahu menyelematkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.

“Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia mengganggu rumah tangga saya,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, timbul juga dakwaan selebriti wanita berpenampilan muslimah berstatus janda itu pernah didakwa menghancurkan dua rumah tangga lain sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Henry得奖暗念SHINee钟铉:人生既短又郁闷

Super Junior-M成员Henry刘宪华在昨晚《MBC演艺大赏》中以《我独自生活》,与《无限挑战》的梁世炯一同得到综艺赏优秀赏。当中Henry刘宪华因为同门的SHINee钟铉离世一事,而在得奖感言时别有一番感受,更与其他SM家族成员一样,戴上了「R.I.P JH」的黑丝带去悼念钟铉(JongHyun)。

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Aktor Hollywood Ini Menjadikan P Ramlee Sebagai Inspirasi

Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati. Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Usai Ibadah Umrah, Kak Nona Nekad Ubah Penampilan – “Saya Dah Buang Semua Pakaian Lama”  

Kakak Kak Km iaitu Kak Nona nekad ubah penampilan usai pulang tunai Umrah

error: Content is protected !!