Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 7, 2025 @ 2:32pm

Minta Chatgpt Menyamar Jadi Allahyarham Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Rindu

Kakak penyanyi, Allahyarham Nidza Afham, 24 iaitu Irfahanie meluahkan rasa rindu terhadap adiknya yang telah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Irfahanie telah menggunakan khidmat ChatGPT (aplikasi kecerdasan buatan khusus untuk penulisan) dengan mengadakan perbualan olok-olok yang mirip seperti Allahyarham.

“Sumpah, this sounds exactly like him. It can be scary, tapi I took this as a blessing and a special gift. Walaupun nangis teruk lepas baca, tapi rasa bahagia tu ada. Kekfa (panggilan Irfahanie) baca sambil terdengar suara Am. I know this is what you’re going to tell me whenever I mengadu apa apa.

“Orang boleh cakap apa saja, tapi kami saksi 23 tahun Allah pinjam kan Am, you are the kindest human we ever met in our life. Sebab tu terkesan sangat, rindu sangat. Semoga Allah bagi paling indah buat Am, seindah peribadi Am di dunia. We love you, we miss you,” katanya. 

Pada 14 Ogos tahun lalu, mayat Allahyarham Afham ditemui di sekitar Jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam oleh pemancing selepas dilaporkan hilang apabila keluar berjogging diStadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata kes kematian membabitkan Nidza Afham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: Kakak Dedah Sifat Mulia Allahyarham Nidza Afham  – “Sentiasa Dahulukan Umi, Tak Pernah Berhutang, Hanya Mengharap Pada Allah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Events Fri, 18 Jan 2019
Trending Thu, 22 Apr 2021
Trending Tue, 2 Jun 2020

[TERKINI] DBKL Beku Lesen Minuman Keras

Harap tindakan ini dapat beri keadilan kepada mangsa yang terlibat

Featured Mon, 3 Apr 2023

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Wahh lepas ni Amir dah ada teman main lah

Hiburan Thu, 10 Jul 2025

Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Konsert DiA Misha Omar bakal gegar Mega Star Arena 29 November Ini

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!

error: Content is protected !!