Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 9, 2025 @ 6:34pm

Empat Finalis, Satu Takhta! Siapa Bakal Mengukir Nama Sebagai Juara CSOAIM?

Malam Finale semakin menghampiri, debaran kian terasa! Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One in a Million? Inilah detik penentuan pertarungan terakhir yang akan menentukan siapa yang benar-benar layak bergelar bintang paling bersinar di Malaysia!

Bertemakan ‘Malam Paling Fizz’ Grand Finale ini bakal menjadi medan pertempuran sengit antara Top 4 finalis hebat Kai Deva, Marygrace, Jimi, dan Zazzleen bagi merebut gelaran juara dan hadiah utama bernilai RM1 juta! Hadiah eksklusif ini merangkumi:

  • Sebuah Peugeot 408 GT
  • Wang tunai RM500,000
  • Kontrak rakaman bersama Alternate Records
  • Lagu baharu yang digubah & diterbitkan oleh Ade Govinda

Malam penuh gemilang ini bakal dimulakan dengan persembahan luar biasa dari Datuk Sri Siti Nurhaliza yang akan mengangkat standard pentas ke tahap yang lebih tinggi.

Ratu rock lagenda, Ella, serta Faizal Tahir, naib juara One in a Million musim pertama, juga bakal menghangatkan suasana dengan persembahan selingan yang penuh tenaga dan emosi!

Para finalis akan dinilai oleh barisan juri berprestij, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan termasuk juri jemputan istimewa, penerbit dan pelakon terkenal dari Indonesia, Nicholas Saputra.

Tidak ketinggalan, Faizal Tahir turut kembali sebagai juri khas, membawa pengalamannya sebagai ikon yang pernah berada di pentas sama pada tahun 2007!

Setiap finalis akan mempersembahkan lagu baharu yang dicipta khas untuk mereka, sebelum bergabung dalam persembahan kemuncak berjudul Sejuta Kenangan, hasil ciptaan Mage, Aziz Harun, NAKI, dan Darien Sebastian.

Berikut adalah lagu-lagu yang bakal dipertaruhkan oleh setiap finalis:

  • Zazzleen – Merah
  • Kai Deva – Mengejar Bintang
  • Jimi – Tetap Berharap
  • Marygrace – Titik Mula

Kesemua lagu ini adalah hasil karya komposer-komposer tersohor seperti Audi Mok, Shazee Ishak, Sharon Paul, Shah Shamsiri, Fedtri Yahya dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan pentas Finale Calpis Soda One in a Million pada Ahad ini, 9 Februari 2025 yang akan disiarkan secara langsung di TV3 atau boleh distrim di Tonton,  jam 9 malam. Untuk aksi eksklusif di belakang tabir, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Senarai Pemenang Ola Bola The Musical 2? Jom Semak Nama Korang!

Tahniah diucapkan buat semua pemenang Tiket Ola Bola The Musical 2!

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Trending Mon, 21 May 2018

SPRM Panggil Najib Beri Keterangan Esok

Sekiranya beliau tidak hadir untuk proses mengambil keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Sat, 15 Apr 2023
Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

error: Content is protected !!