Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 4:20pm

[VIDEO] “Jadi Netizen Yang Bijak” – Kesal Difitnah, Noor Nabila Bertegas Tak Rujuk Dengan Sharnaaz Ahmad 

Usahawan dan kakak kepada selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila tampil memberi teguran kepada segelintir netizen yang tidak henti mendakwa dirinya sudah kembali rujuk dengan bekas suami aktor, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Nabila yang sedang bercuti bersama Sharnaaz dan anak mereka, Jebat Jayden di French Alps, Perancis meluahkan rasa kesal apabila difitnah netizen.

“Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.

“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah,” katanya yang mengakui serabut.

@xtra_my

Haa kan dah kena sound… Doakan je la yang baik baik untuk Sharnaaz and Noor Nabila okay #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #noornabila #bertegas #dengan #sharnaazahmad #tak #rujuk #balik #doakan #yang #baik #netizen

♬ original sound – XTRA – XTRA

Meninjau ke ruangan komen, Nabila dan Sharnaaz menerima pujian ramai yang boleh menjadi kawan baik meskipun pernah menghadapi kemelut rumah tangga.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar Sharnaaz dan bekas isterinya, Nabiła kembali berjodoh.

Namun jelas kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berharap orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Jebat kerana perkara itu lebih membahagiakan mereka.

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun perkahwinan mereka terlerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jul 2020
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya

Trending Tue, 29 Jun 2021

Kempen Kibar #BenderaPutih, Isyarat Anda Perlukan Bantuan – “Kita Tolong Mana Yang Termampu”

Kempen kibar #benderaputih ni inisiatif yang not bad jugak kan? Syabas!

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Terharu Menang Kali Kelima, Neelofa Janji Jumpa Peminat Tak Lama Lagi

Menang kali kelima dalam kategori Pengacara TV Popular, ini reaksi Neelofa. Walaupun tidak berada di Malaysia, pengacara jelita ini tidak menyangka sokongan peminat terhadapnya tetap ummphhh!

Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Featured Mon, 15 Jul 2024
Events Mon, 7 Oct 2019

Resorts World Genting Celebrates Christmas Eve With Al McKay’s Earth, Wind & Fire Experience

Return to the magic of the 1970s with Al McKay’s Earth, Wind Fire Experience!

Featured Sun, 24 Nov 2024
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

error: Content is protected !!