Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 12, 2025 @ 6:52pm

Dakwaan Sudah Berkahwin Tular, Fikry Ibrahim Mohon Beri Sedikit Masa

Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan pengacara Melodi, Fikry Ibrahim didakwa telah  selamat diijab kabulkan di kediamanya yang terletak di Napoh, Jitra Kedah pada petang Rabu.

Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 30, dilaporkan sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Khalizah Alihan dengan hanya sekali lafaz.

Bagaimanapun, berita tular tersebut masih belum dapat disahkan sendiri oleh tuan empunya badan memandangkan dia meminta untuk diberikan sedikit ruang dan waktu.

“Saya tengah sibuk, Nanti saya jawab,”katanya.

Sebelum ini, foto memperlihatkan Fikry bersama suri hati pilihannya itu mula tular selepas dikongsikan sendiri oleh seorang  individu wanita dipercayai jurusoleknya.

Bahkan, pihak XTRA juga turut menerima beberapa keping foto yang dihantar peminat menerusi mesej di laman sosial.

 

 

Terdahulu, Fikry menerusi temu bual bersama media sebelum ini menegaskan bahawa dia tidak memikirkan soal jodoh kerana mahu memberi perhatian terhadap ibunya yang kini uzur.

Selain, terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk menjaga ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

 

Sumber: mStar, XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

Awas… Diva AA Akan Terus Tegur Jika Ada Isu Babitkan Industri Seni!

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, akan terus menegur mana-mana pihak yang menimbulkan isu dalam industri seni tempatan. Menurut hos berpengalaman yang dikenali sebagai Diva AA ini, dia geram melihat segelintir individu yang sengaja membuat kontroversi. […]

Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Thu, 7 Aug 2025

“Tolong Jangan Obses! Awak Yang Mulakan, Sekarang Benci Saya?” – Ezzanie Jasny Luah Perasaan Di Thread?

Ezzanie Jasny curi tumpuan, luah rasa berang terhadap individu yang didakwa obses dengannya

Events Sun, 29 Sep 2019

71岁林子祥魄力十足一连唱32首歌!感触落泪:因为你们继续唱

现年71岁林子祥魄力十足,云顶演唱会一连唱32首歌;尾声更是感触落泪说道“我会一直继续唱下去,都是因为你们。”

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Che Ta Bantu Peminat Jadi Usahawan Kad Sim Glamour!

Jom tukar ke kad sim lebih glamour yang bakal dijual di pasaran bermula 29 April 2019!

Featured Fri, 12 Sep 2025
Featured Mon, 12 Sep 2022

Filem Epik Mat Kilau Hampiri Kutipan RM100 Juta

Wah, tahniah!💗💗💗💗

error: Content is protected !!