Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 13, 2025 @ 11:54am

Ika Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menipu Isteri Along Cham Babitkan Wang Lebih RM100,000

Seorang wanita dikenali sebagai ‘Ika’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas dakwaan menipu isteri pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi, membabitkan wang berjumlah RM105,380 berkaitan kes penahanan suaminya dalam kes dadah.

Tertuduh, Nursyafiqah Hermansah, 28, yang bekerja sebagai peniaga, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa memperdaya Afreena, 33, dengan mendakwa mampu membantu menjamin Along atau nama sebenarnya Muhamad Nizamudin Ahmad, selain menurunkan seksyen pertuduhan terhadapnya.

Terpedaya dengan janji tersebut, mangsa melakukan 26 transaksi ke lima akaun berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM105,380, yang mana bayaran itu tidak akan dibuat sekiranya dia tidak diperdayakan.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Bangi Gateway, Seksyen 15, antara jam 6.06 petang pada 22 Disember tahun lalu hingga 1.24 petang pada 14 Januari lalu.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan, serta denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi, mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Kim Kiek, merayu agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebagai peniaga dan perlu menanggung tiga anak berusia tiga, lima dan lapan tahun.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Nurdiyanah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 21 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Sebelum ini, media melaporkan Afreena telah membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang sebanyak RM95,180.

Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Orang Awam Cecah RM100,000, Aaron Aziz Turut Jadi Mangsa Penipuan?

Artikel Berkaitan: Nafi Seleweng Dana Hampir RM100,000, Isteri Along Cham Lega ‘Scammer’ Dah Ditangkap Polis

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2024

Pasangan Nadeera Dalam Lagu Cinta Kita 2, Khareez Kasbulah Nak Buat Comeback… Join Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Penang

Juara Lagu Cinta Kita 2, Khareez Kasbulah turut menyertai uji bakat Calpis Soda OIAM di Pulau Pinang!

Hiburan Fri, 28 Jul 2023

Michelle Yeoh Kahwin Selepas 19 Tahun Bertunang

Aww! Congrats Tan Sri Michelle Yeoh

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

香港「最强气势」舞台剧《秘密》3月30日席卷云顶

风靡一时的《溏心风暴》系列核心演员李司棋、米雪、夏雨、阮兆祥携手实力派演员江美仪和刘锡贤于3 月30 日席卷云顶,上演《秘密》舞台喜剧!

Featured Tue, 15 Jun 2021

Longgar PKP Jika Kes Bawah 4,000 – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama. Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang […]

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

《万千星辉颁奖典礼2017》王浩信唐诗咏夺视帝后

TVB《万千星辉颁奖典礼2017》昨晚(21日)在香港将军澳电视城举行;视帝由大热门之一王浩信凭《踩过界》“盲侠”一角获得,视后则是由曾提名7次该奖项的唐诗咏首次夺得宝座。

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!