Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 6:23am

“Jika Benar Cerita Saya Sudah Sampai Mahkamah Syariah, Beri Bukti” – Uqasha Senrose Enggan Layan Spekulasi Rumah Tangga Dengan Kamal Adli Goyah

Pelakon sensasi Uqasha Senrose meminta pihak yang menyebarkan dakwaan bahawa perkahwinannya dengan aktor Kamal Adli di ambang perpisahan untuk mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dia tidak pernah hadir mahkamah syariah, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kalau saya ke mahkamah syariah, mestilah ada nama saya di sana. Jika benar cerita saya sudah sampai mahkamah, berilah bukti. Mahkamah mana? Memang saya tak pergi, demi Allah.

“Saya pun tengah sibuk dengan anak. Bila masa pula timbul dakwaan saya patah balik, mana ada yang buat macam itu. (Kalau) sudah ke mahkamah, pergi teruslah.

“Sudah tentu saya nafikan dakwaan tersebut sepenuhnya. Insya-Allah selagi boleh kami berdua mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini,” katanya kepada XTRA.

Uqasha ditemui usai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, pada Khamis.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose itu turut menegaskan bahawa dia enggan melayan spekulasi yang tidak berasas, selain tidak merasakan ada perkara yang perlu dirisaukan mengenai gosip berkenaan.

“Saya tak rasa apa-apa pun. Apa yang hangat diperkatakan adalah perkara yang tidak berasas. Selagi benda belum jadi atau tidak benar, tiada apa perlu dirisaukan.

“Saya pun tak terfikir nak ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bercakap. Mulut orang mana kita tak boleh nak tutup.

“Paling penting hubungan saya dan suami juga dalam keadaan baik. Saya pun tahu kisah kononnya saya ke mahkamah daripada Kamal yang ditanya media baru-baru ini,” katanya.

Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu merasakan tidak perlu terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum kerana bimbang dengan penyakit ain.

Baginya, setiap perkahwinan pasti ada pasang surut, tidak kira status atau latar belakang.

“Dalam rumah tangga ini tidak semua indah belaka. Takkan saya nak ceritakan hal dalam kain pula kepada orang luar.

“Perlukah saya kongsi gambar untuk menunjukkan masih bersama Kamal? Saya tak perlu buat semua itu untuk memuaskan hati semua orang,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian selepas timbul spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka bermasalah.

Pasangan ini berkahwin pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, yang kini berusia 10 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

“Tak Takut Gugur Ke?” Netizen Kecam Isteri Sharnaaz Ahmad Makan Durian Banyak

Bagi sesetengah netizen memakan durian di usia kandungan 5 bulan itu adalah dianggap tidak baik dan boleh memudaratkan bayi yang dikandung

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

“Aku Kacau T***r Kau Ke? Fara Mendoza Bengang Ditegur Berbikini

Walaupun Fara Mendoza tidak lah se-popular Fazura atau Neelofa, namun beliau berjaya menarik perhatian followers beliau dan juga mengundang kecaman netizen apabila baru-baru ini beliau dilihat memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Pamer Kemesraan Di SAG Awards, Aksi Brad Pitt dan Jennifer Aniston Jadi Perhatian

Hari yang penuh emosi dan bersejarah bagi bekas pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Jennifer Aniston di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2020 pagi tadi apabila Brad Pitt diumumkan sebagai pemenang Outstanding Performance by […]

Trending Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
error: Content is protected !!