Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 7:44am

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus memerah idea dan konsep yang ingin diketengahkan, penyanyi Luqman Podolski akhirnya menarik nafas lega apabila EP perdananya berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

Menyifatkan EP tersebut sebagai satu penanda aras kepada perjalanan seninya, banyak perkara baharu diterokai oleh penyanyi yang berusia 27 tahun ini bagi memuaskan hati sebahagian besar peminat yang ternanti-nantikan karya terbaharunya itu.

“Sebenarnya saya sudah mengumpulkan banyak meterial lagu sejak awal kemunculan dahulu. Ada yang sudah dilancarkan dan ada juga yang disimpan bagi mencari masa yang tepat sebelum menemui pendengar.

“Setelah bertungkus lumus menghasilkan karya dan melalukan banyak perbincangan dengan Warner Music Malaysia, akhirnya lagu-lagu yang dipilih seperti yang termuat di dalam EP Kau Apa Sebenarnya?,” katanya.

Memberikan tumpuan kepada Tiba-Tiba untuk dijadikan single sebaik EP ini dilancarkan, beberapa lagu lain yang dimatikan termasuklah Tak Sedar Diri, Salahkah Aku?, Rahsia dan M***.

Paling istimewa pastinya lagu Aku Dah Tak Percaya yang juga merupakan kolaborasi perdananya bersama Zynakal setelah melakukan beberapa pencarian rakan penyanyi sebelum ini.

Dedah Luqman, Aku Dah Tak Percaya merupakan antara lagu yang memberikan ‘pengalaman’ memandangkan dia pernah memberikan demo tersebut kepada beberapa rakan penyanyi lain sebelum itu.

“Sebenarnya telah memberikan demo tersebut kepada mereka tetapi tiada respons yang diterima. Mungkin mereka anggap lagu berkenaan tidak sesuai atau terlambat memberikan persetujuan.

“Saya berterima kasih kepada Zynakal yang akhirnya bersetuju dan menganggap lagu ini kena untuk kami sama-sama berkolaborasi, maka terhasil Aku Tak Percaya,” dedah penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia ini lagi.

Luqman juga sebenarnya merealisasikan impian sebahagian besar peminat apabila menyudahkan lagu M*** dalam EP ini. Lagu yang sudah dihasilkan sejak 2016 pada asalnya hanyalah lagu untuk kandungan media sosial sahaja.

Dibuat dalam durasi satu minit ketika itu, ramai yang suka dan tak kurang juga mengharapkan adanya versi penuh naskhah berkenaan dihasilkan.

“Demi memenuhi impian pendengar, saya siapkan M*** untuk semua. Harapnya mereka menikmati versi penuh lagu ini dan memberikan sokongan kepada keseluruhan naskhah yang terkandung dalam EP ini,” katanya ketika ditemui sempena majlis mendengar EP Kau Apa Sebenarnya? baru-baru ini.

Dalam majlis yang dianjurkan itu, lebih 100 peminat terpilih hadir mendengarkan Luqman menyanyikan beberapa buah lagu di dalam EP ini selain terlibat dalam acara sampingan untuk mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Trending Fri, 25 Dec 2020
Featured Thu, 15 Sep 2022

Ayie Floor88 Kecewa Pinjaman Kereta Tak Lulus, Rupa-Rupanya..

Fuh terkejut dibuatnya.. Happy birthday Ayie!

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Biar Orang Kutuk Broken English .. Yang Penting Dapat Jumpa..

Salah ke kalau temuramah dengan Broken English.. Tak kisahlah apa orang cakap yang penting dapat jumpa

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.

error: Content is protected !!