Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 15, 2025 @ 11:17am

Kejam & Tidak Berperikemanusiaan, Sultan Pahang Mahu Suspek Kes B*nuh Peniaga Wanita COD Makanan Ditahan Segera

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menuntut agar suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, segera ditahan.

Baginda turut menegaskan bahawa hukuman yang setimpal harus dijatuhkan kepada suspek jika terbukti bersalah dalam kes pembunuhan tersebut.

“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” titah baginda melalui kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang.

 

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. Baginda diiringi oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam lawatan tersebut, baginda menyampaikan kata-kata semangat dan nasihat kepada suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31 tahun.

Sebelumnya, media melaporkan bahawa mayat seorang peniaga wanita ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Jumaat.

Terdahulu, mangsa iaitu Norshamira Zainal, 37,  yang tinggal di daerah Kuantan merupakan seorang peniaga makanan.

Norshamira difahamkan datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah keesokan harinya oleh suaminya.

Sumber: Facebook, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Trending Tue, 16 Jan 2018

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Tips Mata Segar Untuk Bangun Solat Tahajjud

Haa siapa yang liat nak buka mata tu boleh try tips ni

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Selepas Lee Seung Gi, Suzy Pula Bakal Bergandingan Bersama Nam Joo Hyuk!

Tak sabar nak tengok chemistry diorang nanti!

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Kisah Viral Tue, 5 Dec 2023

Jumlah Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki

error: Content is protected !!