Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 15, 2025 @ 11:15am

[VIDEO] Kerap Rasa Penat, Zara Zya Tabah Diuji Hidap Empat Penyakit Kronik – “Alhamdulillah, Kini Saya Bertambah Baik”

Diuji dengan empat penyakit kronik melibatkan ketumbuhan pada buah pinggang kiri dan ovari, masalah tulang belakang, leher serta artritis tidak mematahkan semangat pelakon Zara Zya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia bersyukur kerana tahap kesihatannya kini semakin bertambah baik walaupun masih menjalani rawatan fisioterapi.

“Saya pun keluar masuk wad daripada tahun lepas lagi dari bulan 6 saya buat pembedahan buang ketumbuhan cyst dekat buah pinggang kiri dan ketumbuhan di ovari (fibroid) dan saya ada masalah tulang belakang, leher dan saya juga ada arthritis.

“Bila benda tu jadi saya terkejut kerana saya bukan orang yang sentiasa pergi ke hospital. Keadaan ni juga berlanjutan dalam tempoh yang agak lama. Saya juga asyik rasa penat dan tak larat, dan banyak juga tawaran yang saya tolak.

“Tapi bila saya banyak baring dan berehat di rumah saya fikir saya okay, tapi tidak, malah makin lemah. Dan bila buat check up nampak semua satu body semua ada penyakit dan perlu membuat pembedahan.

“Tapi, Alhamdulillah bila dah pergi buat rawatan, fisioterapi setiap bulan kena pergi sekarang ni dan dengan ubat-ubatan semuanya okay sahaja,” ulasnya.

Zara berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 yang diadakan di The Ground, Kuala Lumpur pada Khamis.

Meskipun sudah beransur pulih,  Zara atau nama penuhnya,  Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 40, kekal positif, malah menyifatkan ujian kesihatannya ini adalah sebagai penghapus dosa-dosanya.

“Alhamdulillah, semuanya berjaya dan Allah bagi kemudahan.

“Allah bagi saya peluang untuk sihat dan bekerja semula saya rasa sangat-sangat bersyukur dan sekarang saya enjoy shooting semula.

“Tapi kalau untuk shooting yang terlalu berat dan buat aktiviti yang terlalu lasak, saya akan berbincang semula dengan producer.

“Saya bersyukur kalau Allah tak bagi ujian sebegitu saya rasa saya masih banyak lagi dosa yang masih belum terhapus dan saya rasa saya orang terpilih untuk menjalani ujian tersebut.

“Saya berharap sangat kesihatan saya bertambah baik. Siapa yang taknak sihat?

“Saya harap dapat kembali aktif dalam industri seni kerana ramai yang masih perlukan saya.

“Peminat juga sentiasa menantikan drama terbaru saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat,” katanya.

Terdahulu, pada 31 Mei tahun lalu, Zara menjalni pembedahan membuang beberapa ketumbuhan.

Dalam masa sama, menjalani rawatan bagi dua sindrom dihidapinya.

Dan, Pada 27 Mei 2024, Zara juga pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Trending Tue, 8 Dec 2020

Bantuan Sebanyak RM1,000 Ringankan Beban Golongan Sasaran

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Tue, 29 Jul 2025

Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai 29 Mei Lalu – “Anak-Anak Di Bawah Jagaan Ibu Mereka”

Hafiz Suip bercerai talak satu dengan Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Events Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri

Featured Fri, 2 Jul 2021

MEF Usulkan Beri Moratorium Automatik Tanpa Perlu Permohonan

Cadangan untuk menjadikan moratorium pinjaman secara automatik dan bukannya melalui permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negera telah diusulkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Menurut Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata tidak sepatutnya […]

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

AJL33 Hanya Yang Terbaik Akan DiJulang!

Korang boleh menangtiket AJL33 bernilai RM110 juga tau! Cepat!

error: Content is protected !!