Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2025 @ 3:48pm

AJL39: Ketengah Muzik Tradisional Dengan Sentuhan Moden, Masdo Bakal Tampil Dengan Kejutan – “Ia Sesuatu Yang Berbeza Dari Kami”

“Setakat ini dari segi persiapan kita boleh cakap 99 peratus. Tinggal satu peratus sahaja lagi”.

Demikian respons kumpulan Masdo ketika ditanya mengenai persembahan mereka ketika sesi latihan penuh menjelang malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-39 kali ini.

Kata Ali Sariah selaku vokalis utama dan gitaris, persiapan sudah hampir 100 peratus selesai kerana fokus yang diletakkan mereka untuk edisi kali ini adalah lebih kepada persembahan.

“Macam kami lebih fikirkan performance pada malam nanti, kerana fokusnya disitu. Jadi kitapun boleh katakan dari segi persiapan itu agak all out juga dan kalau boleh tahun ini kami nak dapat something juga untuk dibawa pulang.

“Kejutan, tentu sekali! Akan ada kejutan pada malam nanti. Anda semua kena tengok apa yang berlaku di atas pentas.

“Setakat ini dari segi persiapan kita boleh cakap 99 peratus. Tinggal satu per cent je lagi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bercakap kepada XTRA, Ali juga mendedahkan mereka sudah berbincang mengenai idea, konsep dan juga ‘look’ yang bakal dibawakan diatas pentas AJL39 nanti menerusi lagu Pujaanku.

Selain itu, Masdo juga bakal membawakan sesuatu yang berbeza kepada penonton termasuklah elemen kejutan.

“Kita membawakan sesuatu yang berbeza daripada Masdo sendiri.

“Kami akan mengetengahkan muzik tradisional tapi tidak terlalu old school dan mempunyai touch modern juga.

“Dari segi outfit kita memang pakai tradisional dan akan ada sesuatu yang berlaku diatas pentas.

“Memang kita nak mengangkat elemen tradisional dan juga moden supaya orang sekarang boleh terima dan ia boleh dibawa sampi bila-bila,” jelasnya.

Sekadar info, kumpulan yang dianggotai empat orang anak muda ini turut bergandingan bersama penyanyi Singapura iaitu Aisyah Aziz menerusi lagu hit mereka, Pujaanku.

AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, dan bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.

Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Gelagat Sajat Bila Shopping Dalam…?

Kalau nak tahu bagaimana Sajat shopping? Jangan lupa saksikan episod kali ni okay.

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Dan, pemenang Sexiest Man Alive pada tahun ini jatuh kepada Idris Elba!

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Featured Mon, 27 Aug 2018

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Keracunan makanan masih boleh berlaku walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

Trending Thu, 28 Feb 2019

Dari tukang cuci ke pelakon wanita terbaik Oscar, Olivia Colman cipta sejarah

Ini pencalonan dan kemenangan pertamanya di anugerah ini.

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

Aslan..Pilihan Nama Bayi Kaka & Adam

Tahniah sekali lagi buat ibu bapa baharu, Kaka dan Adam!

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
error: Content is protected !!