Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2025 @ 6:36pm

Aina Abdul Berhabis Paling Banyak Untuk ‘Puas Sudah’, Berbaloi Bawa Pulang Trofi Persembahan Terbaik AJL39

Penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul tidak menafikan edisi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada kalini paling banyak ‘berhabis’ bagi mempamerkan persembahan luar biasa menerusi lagu ‘Puas Sudah’ di AJL39.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, bagaimanapun menzahirkan rasa syukur selain menganggap kemenangan persembahan terbaik AJL39 satu anugerah yang berbaloi atas usaha dan kerjsama kira-kira 100 orang pasukannya bagi Puas Sudah.

“Saya tak akan cakap amaun, nanti akan ada ‘benda lain’ kejar saya. Saya boleh katakan ini adalah yang paling banyak saya berhabis untuk AJL. Pada saya berbaloi, Alhamdulillah Allah bagi kemenangan pada kali ini. Tidaklah mencecah setengah juta, itu sudah seperti kos buat album atau bayar duit deposit pembelian rumah.

“Alhamdulillah, saya dapat merasa ‘oh begini rasanya menang persembahan terbaik’. Saya rasa ini adalah satu anugerah yang saya kongsi bersama pasukan saya kira-kira 100 orang yang menyiapkan persembahan saya. Anugerah ini adalah untuk mereka kerana apa yang dipaparkan itu adalah kerjasama berbulan-bulan,” katanya.

Aina berkata demikian ketika ditemui di sidang media malam kemuncak AJL39 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

Dalam pada itu, Aina turut menjelaskan mengenai konsep ‘jantung’ yang dibawa atas pentas pada malam acara berprestij itu.

“Saya tidak berfikir panjang untuk memikirkan konsep, Puas Sudah ini saya hanya nampak warna darah. Ini adalah kisah yang diinsparikan dari kisah wanita dan lelaki yang terluka. Saya tampil sebagai jantung sebab saya merasakan itu adalah selayaknya,” ujarnya lagi.

AJL39 menyaksikan lagu ‘Hening Rindu’ yang dipersembahkan oleh Marsha Milan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Sementara itu, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang dibawakan oleh Nadeera diumumkan sebagai Naib Juara, dan lagu ‘Saksama’ oleh Akim & The Majistret pula meraih tempat ketiga.

Manakala, Ernie Zakri membawa pulang trofi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Aura’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Melalui Insta Stories memohon maaf di atas kesalahannya itu selain menyatakan bahawa dia tidak berniat langsung untuk mengundang kemarahan para peminat

Trending Thu, 6 Feb 2020
Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Trending Thu, 2 Aug 2018

Bimbang Diancam Stalker, Pemandu Bas Berbaju Kalis Peluru Setiap Hari

Imre Marton, memakai baju kalis peluru itu setiap hari kerana bimbang pengendapnya, Charlie Howells, bertindak di luar kewarasan.

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Elvina pilih ‘Datuk’ selepas putus hubungan setahun!

Datuk Mohd Haniff Borhan akan meminang Elvina terlebih dahulu kira-kira sejam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

error: Content is protected !!