Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin February 17, 2025 @ 5:32pm

Sempena Syawal, Rizman Ruzaini Raikan Perjalanan Dua Dekad

Jenama fesyen tersohor Rizman Ruzaini menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dengan pelancaran lima koleksi eksklusif bagi meraikan Syawal tahun ini. Koleksi yang diperkenalkan secara serentak itu termasuk Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule Collection, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW Collection, RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection, serta RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 Collection.

Koleksi ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia jenama tersebut, yang dikenali sebagai RR Royalties. Istimewanya, setiap rekaan dalam koleksi ini membawa elemen nostalgia, mengimbas kembali seleksi terdahulu yang pernah menjadi fenomena dan kini diberi sentuhan baharu bagi memenuhi cita rasa semasa.

Berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, kali ini Rizman Ruzaini tidak melantik selebriti sebagai muse utama. Menurut Rizman, keputusan ini dibuat sebagai penghormatan kepada pelanggan mereka yang telah menyokong jenama tersebut sepanjang dua dekad.

“Bagi saya, tempoh 20 tahun itu sendiri sudah menggambarkan kemampuan jenama ini untuk bersaing dalam liga tersendiri.

“Mengapa kami muncul dengan keputusan ini? Bagi saya, rakan artis adalah antara faktor Rizman Ruzaini berada pada tahap ini, jelasnya kami tidak akan sesekali melupakan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi sokongan atas kerja keras kami.

“Cuma kali ini kami ingin menghargai RR Royalties, yang juga pelanggan Rizman Ruzaini. Perlu diingatkan pelanggan kami hadir dari pelbagai latar belakang, dan setiap dari mereka ini adalah penyumbang setiap keputusan di Rizman Ruzaini,” katanya.

Menyentuh keistimewaan setiap koleksi, Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection mengetengahkan warisan budaya Malaysia dengan perincian mewah yang halus. Yang Mulia Tengku Shaheera binti Tengku Abdullah dipilih sebagai muse utama untuk koleksi ini, yang turut menyerlahkan kefahaman mendalam terhadap sejarah dan perkembangan dunia fesyen.

Sementara itu, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 Capsule Collection membawa kembali beberapa rekaan ikonik jenama ini sejak dua dekad lalu. Rekaan lama yang pernah menjadi kegemaran pelanggan kini diberi nafas baharu, menampilkan elemen yang lebih segar sejajar dengan perkembangan fesyen semasa.

Bagi mereka yang menginginkan rekaan eksklusif dengan harga lebih berpatutan, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW Collection menawarkan lapan pilihan rekaan istimewa yang diinspirasikan daripada koleksi Mustika. Menggunakan fabrik mewah, koleksi ini memenuhi permintaan pelanggan yang ingin tampil elegan tanpa berkompromi dari segi nilai.

Dalam kalendar fesyen Rizman Ruzaini, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection kekal sebagai pilihan utama RR Royalties setiap kali menjelang Syawal. Diperkenalkan lima tahun lalu, koleksi ini telah terjual lebih 300,000 pasang dalam pelbagai pilihan warna, menjadikannya antara koleksi paling dinantikan saban tahun.

Melengkapkan koleksi tahun ini, RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection hadir dengan inspirasi dari legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria. Koleksi ini menggabungkan unsur sejarah yang kaya dengan elemen kemewahan moden, menjadikannya pilihan yang berprestij untuk Aidilfitri kali ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Fri, 21 Nov 2025

Kekal Anggun Menawan, Koleksi Sopan & Sederhana Bangkitkan Pesona!

Koleksi sopan & sederhana Maglifestyle membangkitkan pesona di pentas Fashionably Modest Asia 2025.

FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

FESYEN Thu, 11 Apr 2019
FESYEN Wed, 11 Sep 2019
FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

error: Content is protected !!