Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 19, 2025 @ 4:01pm

“Kalau Ada Peluang Berlakon, Saya Akan Kembali Berlakon” – Sharifah Shahirah Mahu Berehat

“Saya masih bekerja dan aktif dalam industri. Kalau ada peluang berlakon, saya akan kembali berlakon”.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengaku keputusannya untuk meninggalkan stesen radio Suria FM pada 15 Februari lalu adalah disebabkan kontraknya yang telah tamat selain mahu berehat buat sementara waktu.

“Saya berhenti kerana kontrak saya sudah tamat. Walaupun mereka ingin menyambung kontrak saya, saya dengan rela hati menolaknya kerana ingin berehat untuk sementara waktu.

“Lagipun, saya sudah lama menjadi penyampai radio di sana, takut orang jadi bosan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah, 50, menepis dakwaan kononnya dia diberhentikan dari mengendalikan segmen Suria Petang, seperti yang berlaku kepada rakan sepasukannya Tyzo, adalah tidak benar.

“Saya pernah berada dalam situasi Tyzo. Pada saya, rombakan dalam tempat kerja itu memang biasa berlaku. Tapi dakwaan itu tidak ada kena mengena dengan saya.

“Kali ini saya memang buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dan berehat seketika.

“Insya-Allah, jika ada rezeki dan ada yang merindui saya, saya akan kembali. Rezeki itu ada di mana-mana,” jelasnya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu juga menjelaskan, dia akan terus aktif dalam kerjaya lakonannya dan terbuka untuk menerima tawaran berlakon.

“Jika ada tawaran, saya akan pertimbangkan.

“Saya masih bekerja dan aktif dalam industri. Kalau ada peluang berlakon, saya akan kembali berlakon,” tambahnya.

Sekadar info, Sharifah Shahirah memulakan kerjayanya di stesen radio  Suria FM pada tahun 2018 apabila diberi tugas mengendalikan segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.

Kemudian, dia mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan, yang bersiaran dari pukul 3 petang hingga 7 malam, pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Shahirah juga pernah bertugas di Suria FM pada 2010 selama setahun.

Suria FM sebelum ini telah mengumumkan rombakan dalam susunan penyampai dan segmen.

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Ditayangkan Di Lebih 80 Pawagam, Filem ‘Soloz: Game of Life’ Tembusi Pasaran Thailand

Bangganya! Karya arahan Syafiq Yusof itu ditayangkan secara rasmi di lebih 80 pawagam di seluruh Thailand bermula 4 Disember!

Hiburan Mon, 21 May 2018

Sebak! Nazim Othman Kongsi Gambar Terakhir Bersama Bella

Muatnaik ini sekaligus mengundang rasa sedih rata-rata peminat mereka yang merasakan pasangan ini merupakan pasangan yang secocok

Events Thu, 25 Apr 2019

郑伊健不畏艰难!演唱会想挑战更高难度

现年51岁郑伊健不畏艰难,演唱会想挑战更高难度。“能多做一次就一次!”

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Tahniah…Ammar Drama Band Selamat Bergelar Bapa!

Ammar Habir memaklumkan isterinya, Sheila Abdul selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu.

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

四叶草渴望得娱协新人奖「许佳麟最没杀伤力」

出道5年的Joyce四叶草(朱主爱)近日带着推出个人首张专辑《我来自四叶草》返马宣传!以新人姿态入围《娱协30》新人奖的她直呼很爽,并视车志立为竞争对手;她还打趣说“许佳麟最没杀伤力,他出道10年了就让我这个出道5年的吧!”

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Tak Boleh Tidur Fikir Pelanggan Complain” – Intan Najuwa

Intan mendedahkan suaminya turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan dirinya yang semakin tertekan.

error: Content is protected !!