Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 27, 2025 @ 8:30pm

“Teringin Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz” – Fizz Fairuz

Melihat kepada cabaran membesarkan anak-anak pada masa kini, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengakui ibu bapa berdepan dengan pelbagai dugaan yang semakin berkembang seiring dengan perubahan zaman.

Menurut Fizz, dalam era pemodenan ini, ibu bapa perlu lebih peka dalam mendidik anak-anak yang sejak kecil sudah didedahkan kepada gajet dan internet, sesuatu yang memberi kesan berbeza berbanding zaman dahulu.

“Memang besar perbezaannya antara kehidupan anak-anak zaman sekarang dengan zaman saya dahulu. Kini, semuanya berada di hujung jari, dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang mereka inginkan.

“Saya sendiri sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika di rumah. Saya ambil tahu apa yang mereka lihat dan tonton, supaya jika ada sesuatu yang kurang sesuai, saya boleh menegur,” jelasnya.

Tambah pelakon ini lagi, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri sebelum mereka membesar serta mampu berdikari.

Dia juga sentiasa mengingatkan anak-anaknya mengenai ilmu dan pendidikan adalah bekalan penting untuk masa depan mereka, dengan asas agama menjadi tunjang utama dalam membentuk keperibadian mereka.

Menurut suami kepada Almy Nadia ini lagi, dia sendiri menitikberatkan pendidikan agama dalam keluarga dan berharap sekiranya ada dalam kalangan anak-anaknya yang berpeluang menjadi penghafal Al-Quran pada masa hadapan.

“Saya sebenarnya sangat teruja apabila mendapat tahu ada sekolah tahfiz yang memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak pra-sekolah di Pahang.

“Bila mendengar tentang kewujudan pusat sebegini, sudah tentu saya gembira kerana jarang sekali ada institusi yang memberi fokus kepada hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak kecil.

“Saya rasa ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Sekurang-kurangnya, ia akan menjadi bekalan ilmu buat mereka di kemudian hari,” katanya merujuk kepada Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

Untuk makluman, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4; dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Oct 2024
Trending Sun, 14 Dec 2025

Pendakwah Tersohor Indonesia Ustaz Irfan Rizki Kongsi Ilmu, ‘Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Ke Syurga’ Program Rohani Sentuh Jiwa Peserta

Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Ke Syurga menampilkan penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Irfan Rizki

Events Wed, 4 Mar 2020

[VIDEO] Ini Rancangan TV Terakhir Abam Sebelum ‘Pergi’, Confirm Bikin Ramai Netizen Sebak!

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Gary Tinggalkan Running Man Untuk Berkahwin

Betul ke Tinggalkan Running Man kerana ingin berkahwin

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

error: Content is protected !!