Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 28, 2025 @ 1:19pm

Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?

Usahawan kosmetik terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, kini menjadi perhatian selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang jejaka yang dipercayai abang kepada pelakon jelita, Rebecca Nur Al Islam.

Spekulasi ini tercetus selepas Bonda Rozita iaitu ibu kepada jutawan, Datuk Seri Aliff Syukri muncul dalam siaran langsung di Instagram (IG) ketika mempromosikan sebuah produk, namun begitu sosok seorang jejaka disampingnya menjadi sorotan ramai.

Netizen mula berteka teki siapakah gerangan jejaka tersebut, malah ada juga dalam kalangan mereka yang meninggalkan komen tahniah dan ucapan selamat penganti baru kepada Bonda.

Keadaan semakin menguatkan spekulasi apabila Rebecca sendiri meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan memanggil Bonda sebagai ‘kakak iparku’, seolah-olah mengesahkan hubungan mereka sebagai suami isteri.

“I miss you both. Assalamualaikum, kakak iparku dan abang ku yang tersayang,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Bonda sendiri berhubung dakwaan telah berkahwin baharu.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran tersebut juga telah dipadam daripada IG Bonda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Aleeza Kassim Kongsi Cerita Pertama Kali Mengajar Neelofa Jadi Model

Bila peragawati kelas A berkongsi tips…dengar tu!

Trending Sun, 5 Aug 2018

一则业配贴文赚408万「全球最强Instagram网红」是她!

网红力量有多可怕? Instagram 富豪榜上的第一名,一则贴文收入高达3,000 万元,大概是许多人几十年的薪水。

error: Content is protected !!