Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 2, 2025 @ 5:38pm

Asyraf Khalid Berbelanja RM30,000 Untuk Jamu Tetamu Makan Daging Wagyu Bersempena….

Usahawan selebriti, Asyraf Khalid meraikan tetamu dengan hidangan daging wagyu premium dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM30,000.

Ia dilakukan bersempena pelancaran bisnes baharu milik Asyraf, AK Meat yang menawarkan pelbagai pilihan daging Wagyu berkualiti tinggi.

Minat Asyraf terhadap daging Wagyu bermula sejak 15 tahun lalu, ketika beliau melanjutkan pengajian di Melbourne, Australia, yang akhirnya menjadi inspirasi di sebalik pelancaran AK Meat.

“Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.

“Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging Wagyu sahaja.

“Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging Wagyu itu dari Australia atau Jepun,” katanya.

Majlis pelancaran AK Meat yang berlangsung pada Khamis lalu turut dihadiri ahli keluarga dan rakan selebriti seperti ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, serta isterinya, Tya Arifin, selain rakan perniagaan dan kenalan rapat.

Menurut Asyraf, AK Meat bukan sekadar perniagaan, tetapi satu platform untuk berkongsi pengalaman menikmati daging kegemarannya dengan orang ramai.

“Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.

“Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana,” jelasnya.

Dalam pada itu, Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada rakan niaganya, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, serta pasukan DAEM yang banyak memberi sokongan dalam merealisasikan impian ini.

Selain menawarkan daging premium berkualiti tinggi, Asyraf yakin AK Meat mampu menjadi jenama pilihan utama dalam industri daging premium di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Jun 2024

“Saya Perlu Positif Demi Anak-Anak & Pekerja” – Azharina Sahkan Hidap Kanser 

Allahu, moga Azharina dikurniakan syifa dan kekuatan yang luar biasa💪❤️

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi […]

Featured Thu, 22 Dec 2022
Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!

Hiburan Mon, 8 Sep 2025

“Niat Jahat & Sifat Benci Hanya Akan Makan Diri Sendiri” – Fazura

Fazura sifatkan membenci orang lain tidak memberi faedah

Kisah Viral Tue, 25 Mar 2025

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya.

familuv Fri, 30 Dec 2022

Jinggo Kongsi Waktu Terbaik Untuk Luangkan Masa Bersama Bayi – “Masa Bangun Tidur, Mandikan & Tuamkan…”

Pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo sering berkongsi kenangan bersama cucu sulungnya, Bunga Elhaq di laman sosial. Baru-baru ini, lelaki yang turut mesra disapa dengan nama Tok Sidang itu dia berkongsi momen bersama Bunga ketika […]

error: Content is protected !!