Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Salma Syahbuddin March 3, 2025 @ 5:00pm

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

Penyanyi sensasi, Amira Othman secara terbuka berkongsi kisah inspirasinya apatah lagi mengenai kepentingan menjaga solat dalam kehidupan seharian.

Kata Amira menerusi sesi temu bual dalam rancangan bual bicara podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di Youtube, dia bukanlah seorang yang baik namun, sentiasa berusaha untuk menjaga solatnya kerana percaya percaya bahawa solat itu tiang agama.

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat. Kena sembahyang. Saya kalau cerita pasal ni saya sedih. Sebab saya yakin sembahyang ni tiang agama.

“Jahatlah macam mana pun, kena sembahyang. Jadi saya rasa Alhamdulillah sembahyang ni saya memang terapkan dari sekolah lagi, tidaklah saya cakap, saya bagus… saya sembahyang memang kerana kita harus solat. Benda paling basic kita kena buat,” katanya.

Dalam pada itu, Amira yang kelihatan sebak mengaku, solat banyak menyelamatkan dirinya daripada perkara tidak baik termasuklah peranan ibu bapanya yang sentiasa menjaga dan memantau keadaan dirinya.

Bahkan, tujuan dia berkongsi mengenai perkara ini bukanlah kerana mahu dianggap baik, melainkan mahu orang ramai sedar bahawa kepentingan menjaga solat dalam kehidupan itu sangat tinggi nilainya.

“Tapi, solat ni banyak menyelamatkan saya. Dan Alhamdulillah, mak dan ayah saya memang memantau saya jadi saya dipantau walaupun mak ayah saya jauh.

“Saya percaya perjalanan orang itu lain-lain, tapi saya selalu cakap dengan kawan-kawan kalau berkumpul ‘sembahyang lah walaupun niat solat. Sebab solat akan selamatkan kita.

“Solat ni penyelamat, solat ni akan menggerakkan kita daripada nak buat benda-benda jahat. Kalau kita tersasar buat pun kita akan patah balik inshaa-Allah. Kerana banyak doa dalam solat, banyak berkat dalam solat.

“Saya bercerita benda ni bukan sebab saya baik. Takut lah kadang-kadang bila kita cerita lebih-lebih nanti satu hari kalau saya terbuat silap orang akan ungkit balik.

“Tapi tujuan saya berkongsi perkara ini adalah untuk memberi kesedaran bahawa susah mana perjalanan anda semua nak jadi orang baik, jagalah sembahyang, kerana solat itu tiang agama,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Kostum Filem Duyung Dikritik, Maya Karin Tampil Beri Penjelasan

Maya turut memaklumkan pengarah filem berkenaan memberi perhatian terhadap penggunaan warna semula jadi laut

Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Semoga apa yang diimpikan menjadi realiti.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

New 5-Member Girl Group to Debut with Former Pristin Members!

The rumours are trumours! They (some) are coming back!

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

Featured Sun, 22 Aug 2021

“Saman Artis Membazir, Ni Bukan Zaman Sekolah Nak Gaduh”- Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan pandangannya berikutan isu melibatkan kes saman antara selebriti yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Menerusi laman Instagramnya, Shila berkongsi pandangannya dengan mengatakan perkara tersebut hanya membuang waktu dan wang ringgit. […]

error: Content is protected !!