Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 3, 2025 @ 4:44pm

“Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung?” – Isteri Fizo Omar Tegur Netizen Persoal Kehamilan Ketiga

Istei kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fezyra Nesry tampil memberikan respons susulan terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kehamilannya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Fezyra memaklumkan ini bukanlah kali pertama individu terbabit menghantar pesanan langsung (DM) kepadanya.

Malah, individu tersebut juga tidak segan silu mempersoal kehamilannya termasuklah menganggap adalah terlalu awal untuk Fezyra mengandung lagi memandangkan usia kedua anaknya agak dekat.

“Jaga diri sis, It’s not about rezeki tapi badan mahu pakai lama.

“Saya mengandung jarak dekat, masa bersalin kena tumpah darah sebab tak jaga penjarakkan. It is my opinion only,” katanya.

Enggan berdiam diri dengan respons yang diterimanya, Fezyra bagaimanapun memaklumkan, adalah tidak berdosa sekiranya dia dikurniakan rezeki zuriat dalam masa yang agak dekat.

Ini kerana, dia dan suami percaya bahawa setiap cahaya mata mempunyai rezeki masing-masing.

“Since my second preganancy lagi awak ni sis. Berdosa ke saya yang dah bersuami ni mengandung?.

“Kalau rezeki, takkan kita nak tolak kan. Now, saya sangat percaya di setiap cahaya mata akan ada lorong rezeki yang tak berpenghujung,” ulasnya.

Dalam pada itu, Fezyra menerusi hantaran berlainan pula memberikan pendapatnya, bahawa setiap wanita tidak perlu untuk menjatuhkan wanita lain dengan hal-hal remeh seperti sedemikian.

“Saya rasa tak perlu wanita sesama wanita ni ‘down’ kan wanita lain.

“Sikit-sikit nanti stress anak ramai dik, ada pembantu rumah senang la, badan mahu pakai lama, mengandung lagi?, suami tak kesian kat isteri ke?.

“Jika anda melalui waktu sukar dalam kehidupan perkahwinan atau kehamilan sekalipun, jangan nak babitkan orang lain dengan kisah atau pengalaman anda,” tegurnya.

Terdahulu, pasangan ini berkongsi berita gembira kepada peminat apabila memaklumkan, bakal menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Mariam yang kini berusia 8 tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya

Hiburan Wed, 2 Oct 2024
Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan

Featured Mon, 18 Oct 2021

Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu. Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics. […]

Featured Thu, 6 Nov 2025

“Sayang Sangat Dia Tu” – Azza Elite Teruja Fazura Hadiahkan Telekung & Tudung 

Azza Elite mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang memakai telekung hadiah pemberian selebriti popular, Nur Fazura.

Hiburan Sat, 6 Jul 2019
Hiburan Wed, 22 Jan 2025
error: Content is protected !!