Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2025 @ 3:03pm

[VIDEO] Kongsi Karakter 4 Anak, Ibu Mengaku Syed Saddiq Kuat Membebel?

Kisah asmara antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.

Bahkan, hubungan mesra pasangan itu menerima respons positif daripada peminat sehinggakan ada di antara mereka yang tidak putus-putus mendoakan agar keduanya berjodoh.

Terbaharu, menerusi perkongsian video pendek yang tular di TikTok, ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini berkongsi karakter empat orang anaknya iaitu, Sharifah Amani, Syed Salleh, Syed Abdullah dan Syed Saddiq.

Katanya, setiap daripada mereka masing-masing mempunyai tugas sekiranya ibunya itu pulang dari membeli keperluan rumah.

“Masing-masing empat orang ni ada tugas. Tapi Mama tak akan bawa anak perempuan yang sulung sebab saya tahu bila balik dia akan urus simpan barang dapur  dan bila bawa yang nombor dua (Salleh) ni sayang… alhamdulillah, dia ni bagus, sebab dia akan bawa troli ke mana sahaja saya pergi.

“Bila barang dah penuh, dia akan simpan dalam kereta dan datang semula. A to Z memang saya akan rileks.

“Nombor tiga (Abdullah) bila pergi pasar dengn troli-troli hilang.Bila nak isi barang dalam troli tak ada. Rupanya dia tengah berbual dengan orang dekat pasar. Terlalu peramah, jadi orang semua kenal dia.

“Lepastu, yang nombor empat (Saddiq), Ya Allah, Ya Tuhanku! Bila bawa dia, nanti sakit hati. Bila nak beli sayur dia akan tanya macam-macam, bila beli ikan pun dia akan persoalkan. Bak kata, dia ni kuat membebel,” ulasnya.

@thehazzzzzzzs #bellaastillah #syedsaddiq #bass #spacedollah ♬ original sound – Hazzzzzzz

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian ibu kepada Syed Saddiq ini.

Malah, ramai yang bersetuju jika Syed Saddiq bertemu jodoh dengan Bella memandangkan kedua-duanya disifatkan sebagai serasi.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Hafrez Adam Explains Why He And Zara Zya Decided To Call It Quit Even Though Only Being Engaged For One Month

Life is made up of many ups and downs, but believe that things will bounce back and be even better than before.

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Rugi Tanggung Sendiri, Usahawan Selebriti Terkenal Didakwa Aniaya Reseller?

Alamak betul ke ni? Tak baik buat macam tu, sama-sama nak cari rezeki…

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Jonghyun’s Song ‘Moon’ Will be Sent to the Moon!

What a way to commemorate the late singer.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Tipulah Tak Takut’- Scha Alyahya Komen Isu Penceraian Rakan Selebriti

Pucuk pangkalnya, jodol dan ajal terletak di tangan Tuhan. Namun, sebagai suami isteri, kita harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumah tangga terus harmoni dan bahagia.

Trending Mon, 27 Aug 2018

「5大厨房实用小物」不用再烦水煮蛋怎么捞

可别以为马来西亚有大创(Daiso),到韩国旅游时就不值得一看,其实里面还是有很多实用小物可以挖宝!

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
error: Content is protected !!