Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2025 @ 8:48am

Persaingan Menguji Batas Persahabatan! Jom Saksikan Drama Korea Terbaharu, ‘Friendly Rivalry’ Eksklusif Di Tonton

Persaingan penuh emosi antara dua pelajar di Sekolah Menengah Chaehwa, sebuah institute elit di Korea Selatan. Friendly Rivalry, drama Korea terbaharu di Tonton yang mula bersiaran secara eksklusif sejak 28 Februari 2025, menjanjikan jalan cerita penuh kejutan dan ketegangan. Hubungan rumit serta konflik mendalam antara dua watak utama bakal membuat penonton teruja! Tonton akan menyiarkan empat episod berturut-turut setiap minggu pada hari Jumaat. Episod 5 hingga 8 akan disiarkan pada Jumaat ini, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kelanjutan drama yang penuh dengan kejutan ini!

Antara pelakon utama dalam drama ini ialah Lee Hye-ri sebagai Yoo Je-i, Chung Su-bin sebagai Woo Seul-gi, Kang Hye-won sebagai Joo Ye-ri, dan Oh Woo-ri sebagai Choi Gyung. Setiap watak membawa perwatakan yang unik, menambahkan ketegangan dan drama kepada jalan cerita. Penonton akan dapat merasai perubahan emosi yang mendalam di antara watak-watak ini, serta konflik yang mereka alami sepanjang perjalanan cerita.

Friendly Rivalry mengikuti kisah Woo Seul-gi (Chung Su-bin), seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim dan baru berpindah ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Chaehwa. Sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik di Korea Selatan, yang menjadikan Seul-gi terasing di kalangan pelajar-pelajar lain. Dia menghadapi pelbagai cabaran dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu ini, di mana persaingan antara pelajar amat kuat.

Kemudian, seorang pelajar bernama Yoo Je-i (Lee Hye-ri) mula mendekati Seul-gi. Yoo Je-i merupakan pelajar paling berpengaruh di sekolah itu, memiliki IQ yang luar biasa, latar belakang keluarga kaya, dan rupa paras yang menawan, menjadikannya sasaran kecemburuan ramai pelajar. Menyedari kelebihan yang dimilikinya, Yoo Je-i dengan licik memanfaatkan kedudukannya untuk keuntungan peribadi.

Walaupun berbeza latar belakang, Yoo Je-i dan Seul-gi membentuk ikatan yang terjalin antara persahabatan dan persaingan, mencetuskan hubungan yang tegang dan berbahaya. Apakah tujuan Yoo Je-i menghampiri Seul-gi? Apakah rahsia di sebaliknya dan nasib yang menanti mereka?

Diarahkan oleh Kim Tae-hee, Friendly Rivalry berjaya menggabungkan elemen-elemen ketegangan dan drama emosi dalam satu naratif yang mendalam. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perjalanan 16 episod menarik yang pasti akan menarik perhatian anda dari episod pertama hingga yang terakhir.

Tunggu apa lagi? Saksikan dan strim secara eksklusif melalui Tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Hiburan Sat, 26 Aug 2023
Featured Tue, 16 Jun 2026

Isteri Aliff Syukri Naik Hantu, Dedah Dark Side Live Host ‘Main Tipu’ – “Kenapa Nak Kena Buat Perangai Sampah!”

Datin Seri Nur Shahidah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pengacara siaran langsung (live host) yang didakwa menipu sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Trending Tue, 3 Apr 2018

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Featured Thu, 21 Nov 2024

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

error: Content is protected !!