Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2025 @ 5:20pm

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Jenama fesyen terkemuka Fiziwoo menegaskan mereka tidak pernah serik atau menyenarai hitam (blacklist) mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi, sebaliknya terus mengamalkan sikap profesional dalam setiap kolaborasi.

Pengasasnya, Hafizi Woo dan Izree Kai Haffiz, berkata pemilihan selebriti untuk bekerjasama dibuat berdasarkan kesesuaian, bukan kontroversi yang pernah melanda mereka.

“Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, tanpa diskriminasi. Selebriti adalah rakan kami, dan kami tidak pernah meletakkan mereka dalam ‘senarai hitam’. Fokus utama kami adalah karya dan profesionalisme,” katanya.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya yang banyak menampilkan artis tempatan sebagai wajah utama koleksi Raya, kali ini Fiziwoo memilih pendekatan berbeza.

Untuk koleksi Fiziwoo’s Raya Collection 2025, jenama ini tampil segar dengan pilihan ‘muse’ berpengaruh seperti ahli politik Nurul Izzah Anwar serta ahli perniagaan dan pempengaruh Nur Nadia SM Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin dan Che Puan Sarah Shahdan.

Sebelum ini, aktres Ruhainies pernah dipilih sebagai ‘muse’ jenama tersebut, namun kontroversi membabitkannya dengan aktor Aliff Aziz sedikit sebanyak memberi tempias kepada Fiziwoo.

“Kami sedar tahun 2024 lalu adalah tahun yang sangat kontroversi buat Fiziwoo dan bermacam notifikasi diterima. Sebagai pereka fesyen, tugas kami hanyalah berkarya. Kami tidak mencampuri urusan peribadi atau rumah tangga sesiapa.

“Apa yang berlaku selepas seseorang menjadi ‘muse’ kami adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka,” katanya.

Pada majlis pelancaran Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree di Setiawangsa, Kuala Lumpur, jenama ini turut memperkenalkan koleksi tudung bawal eksklusif hasil kerjasama bersama TV3.

Menampilkan corak bunga klasik dan moden yang diinspirasikan daripada suasana kampung, koleksi ini hadir dalam 10 warna menarik dengan fabrik cotton voile yang selesa dan mudah dibentuk.

Khas untuk peminat tudung bawal, koleksi ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM68 melalui laman rasmi www.fiziwoo.com atau butik Fiziwoo KL East Mall.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Anzalna Nasir Pilih Jaga Anak Sendiri

Sudah lama rasanya kita tidak melihat wajah Anzalna Nasir menghiasi kaca televisyen sejak menimang cahaya mata sulungnya. Menurut Anzalna dia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon demi menjaga puteranya, Mohamad Eidress kini berusia tujuh bulan. Anzalna berkata, buat […]

Events Tue, 14 May 2019
Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

3 Drama Rantaian Hebat Bakal Buat Penonon Melekat Di TV3!

TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman […]

Featured Sun, 31 Jul 2022
Hiburan Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Wed, 28 Jun 2023

[VIDEO] Sebak! Matin Anak Shuib Buat Ramai Tersentuh Hati – “Saya Anak Mummy & Anak Ibu Sampai Syurga”

Sejuk perut Arwah Siti Sarah mengandungkan anak soleh & bijak ni 🥹

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

error: Content is protected !!