Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2025 @ 2:17pm

“Setiap Kali Solat, Saya Tak Pernah Lupa Doa Buat Mereka” – Salina Saibi Gembira Hubungan Syamsul Yusof Bersama Keluarga Kini Baik

Meskipun dianggap sebagai anak emas Skop Production, namun pelakon yang juga teman rapat kepada pengarah Syamsul Yusof, Salina Saibi meluahkan rasa syukur dan gembira tatkala melihat hubungan kekeluargaan mereka kembali akrab.

Menurutnya, dia bersyukur apabila doanya itu akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

“Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara mereka, tetapi apabila mereka kembali berbaik, saya yakin seluruh keluarga Skop Production turut merasa gembira.

“Alhamdulillah, saya turut berasa bahagia. Inilah yang saya harapkan selama ini, malah setiap kali solat saya tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka,” katanya.

Salina berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 yang berlangsung di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun itu turut berkongsi bahawa dia pernah menghubungi pengarah filem Munafik tersebut sebelum ini.

“Sebagai kawan, saya ada berhubung dengannya sebelum ini, namun saya tidak secara langsung menyentuh isu keluarganya. Saya hanya memberi bayangan sahaja.

“Syamsul tidak menunjukkan sebarang emosi, reaksinya tenang dan lebih banyak berdiam diri. Kami juga tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui media sosial.” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon Gerak Khas Undercover ini turut berharap agar hubungan baik dalam keluarga Syamsul terus berkekalan.

“Saya memang rapat dengan Syamsul, tetapi saya tidak mahu mencampuri urusan peribadinya dan lebih selesa untuk tidak memberikan komen lanjut kerana kita tidak tahu keadaan sebenar.

“Kita doakan yang terbaik kerana setiap keluarga pasti ada turun naiknya. Tidak ada siapa pun yang mahu melihat perpecahan berlaku dalam sesebuah keluarga.

“Saya berharap silaturahim mereka terus erat, dan sesiapa yang melihat pasti turut merasa bahagia,” kongsinya.

Sebelum ini, Syamsul dan keluarganya dilihat kembali mesra ketika bercuti bersama di Switzerland sekitar Januari lalu.

Untuk rekod, konflik antara Syamsul dan kedua ibu bapanya mula tercetus apabila dia dilaporkan sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berdepan kemelut rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana, sehingga membawa kepada perceraian.

Keadaan semakin tegang apabila pengarah itu berkahwin secara rahsia dengan Ira, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Bagaimanapun,  Syamsul akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas perceraiannya dengan Ira pada September tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Gambar Fathia Latiff Buka Tudung Jadi Bualan

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff memuat naik gambar itu dengan kapsyen “The star is still bright even in the dark”

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hampir Berputus Asa Soal Jodoh, Zulin Aziz Temui Cinta Baharu

Beliau memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu kerana kegagalan lalu mengajar beliau untuk jadi lebih matang dalam membuat sebarang keputusan kelak

Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

Hiburan Wed, 15 May 2024

Patimah Ismail Pernah Merajuk, Lari Rumah Sebulan Gara-Gara Sangka Yusof Haslam Curang

Makan bertahun-tahun juga Datuk Yusof Haslam nak pujuk Datin Patimah ek

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Hiburan Tue, 16 Jul 2019
error: Content is protected !!