Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 22, 2025 @ 1:12pm

Hanya Berkawan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Masih Solo – “Dia Bukan Punca Saya Bercerai”

Pelakon jelia, Emma Maembong tampil menepis dakwaan dirinya sudah berkahwin lain bersama seorang jejaka dikenali sebagai DJ Kidd selepas bercerai tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail terpaksa memberi penjelasan selepas ramai yang menyangka dia sudah mendirikan rumah tangga, meskipun pada awalnya dia memilih untuk terus mengunci mulut.

“Lagi saya diam dan lari ada pula yang ingat saya dah kahwin. Sebenarnya saya belum berkahwin dan masih solo. Bila saya tahu gosip saya sudah berumah tangga ini pun mulanya saya tak nak layan sampai isu ini hilang sendiri.

“Rupanya gosip itu masih datang sehingga ada yang ingat saya isteri orang,” katanya.

Emma juga mengakui dia mengenali DJ Kidd selepas bertemu di lokasi penggambaran, namun menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

“Ya saya memang berkenalan dengan dia, kami cuma berkawan dan tidak pernah bercinta. Dia seorang pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay.

“Malah kami masih berhubung sebab saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Emma turut menepis dakwaan yang mengatakan DJ Kidd menjadi punca perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.

Menurutnya, tiada sesiapa yang menyebabkan perpisahan mereka, dan dia juga tidak mahu mengungkit kisah lama mengenai perkara itu.

“Tidak, tiada siapa punca saya bercerai. Bagi saya buku yang sudah ditutup kenapa nak kena buka balik? Saya selalu kata apa-apa yang jahat salahkan sahaja saya dan bukan orang di sekeliling saya.

“Sebab saya yang tak jaga diri. Tapi jangan pernah salahkan sesiapa yang dengan saya sebab dia orang tak bersalah pun,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa Emma telah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd, malah ada yang mengatakan mereka bercuti bersama di luar negara selepas beberapa gambar tular di media sosial.

Pada Oktober tahun lalu, Emma mengesahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar, telah berpisah secara baik.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kita Lebih Disarankan Kongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa Tak Ada Rancangan Nak Buat Pengumuman

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, ini mengakui dirinya takut untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini. “Baru-baru ini, ketika saya bercuti di Langkawi bersama […]

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Featured Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘ OK Kan Tengok Kat Mamak, Tak Dosa Kan?’, Tindakan Rita Rudaini Dipuji Netizen

Nama pelakon Rita Rudaini terus hangat diperkatakan di sosial media apabila sering memuatnaik gambar dan kapsyen ‘mengusik’ individu tertentu. Sebelum ini, Rita ada memaklumkan akan mempertimbangkan membawa dua anaknya Rayyan dan Arjuna ke stadium Bukit […]

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Maya Matahari Dikaitkan Dengan Kekasih Orang?

Salah seorang netizen yang perlu dirahsiakan namanya memberitahu dia disekat dari melihat aktiviti Maya di laman Instagramnya. Namun begitu, kes ini sudah berlaku setahun yang lalu.

error: Content is protected !!